Lakukan Perubahan Untuk Tarik Minat Kepada RTM, Kata Rais

Diterbitkan: Khamis, 9 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Warga Radio Televisyen Malaysia (RTM) perlu berani melakukan perubahan untuk memikat kembali minat rakyat, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Menurut beliau, intipati atau produk utama RTM iaitu berita, hal ehwal semasa dan hiburan yang dibekalkan sama ada menerusi saluran TV1 dan TV2 atau radio, juga perlu digarap supaya ia menarik selera golongan muda dan juga bukan Melayu.

"Zaman RTM memonopoli bidang penyiaran sudah berakhir, sekarang ini ada 32 stesen radio di bawah RTM dan ada 28 stesen radio swasta yang menandingi RTM setiap jam," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita ketika melawat Stesen Penyiaran Kawasan Pantai Timur di Bukit Pak Apil, di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi) Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Dr Mohd Ali Mohamad Nor.

Rais diiringi Pengarah Penyiaran Terengganu Dr Nawiyah Che Lah serta pengarah dan ketua-ketua jabatan agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di Terengganu.

Beliau berkata perkembangan semasa menjadi cabaran kepada warga kerja RTM yang perlu bijak mencari formula untuk memberi khidmat terbaik dan dalam masa yang sama meningkatkan pencapaian.

Katanya di peringkat kementerian juga, pelan tindakan yang lebih agresif berhubung perkara itu telah dirancang untuk dilaksanakan bermula pada tahun depan.

"RTM kena ubah konsep untuk menawan kembali minat masyarakat seperti program Jelajah Kampus untuk tarik golongan muda dan memperkenalkan program bicara rakyat yang lebih menarik. Untuk itu, latihan-latihan juga akan diadakan untuk warga RTM," katanya.

Selain itu, sebagai cara memupuk semangat 1Malaysia di kalangan rakyat, beliau berkata slot dan program untuk bukan Melayu juga akan diperbanyakkan lagi mulai tahun depan.

"Sisipan untuk bukan Melayu seperti Cina dan India akan ditambah, selain itu kita juga akan paparkan corak hidup kaum minoriti dari Sabah dan Sarawak," tambahnya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan