Khir Toyo Sah Letak Jawatan; AG Perjelas Kenapa Wang Jaminan Tinggi... - Berita Semasa | mStar

Khir Toyo Sah Letak Jawatan; AG Perjelas Kenapa Wang Jaminan Tinggi...

Diterbitkan: Khamis, 9 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pada Rabu mengesahkan perletakan jawatannya sebagai ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri dalam sepucuk surat yang difakskan ke pejabat Speaker, Teng Chang Khim.

Surat perletakan jawatan itu dikirimkan ke pejabat Teng pada lebih kurang jam 11.20 pagi semalam. Salinan yang sama dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Badan perhubungan Ummno Selangor.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan kepada para wartawan bahawa pihak pendakwa raya meletakkan nilai jaminan yang tinggi ke atas Khir kerana beliau adalah seorang yang ada kedudukan dalam masyarakat.

"Beliau adalah seorang yang ada kedudukan dalam masyarakat dan menyandang jawatan yang tinggi dalam institusi sebab itulah pihak pendakwa meletakkan jumlah yang tinggi sebagai wang jaminan dalam kes beliau," kata Gani kepada para wartawan ketika ditemui selepas perbicaraan kes Tun Dr Ling Liong Sik, Rabu.

Ketika Khir didakwa di mahkamah Isnin lalu, pihak pendakwa raya telah memohon mahkamah mengenakan RM1 juta sebagai wang jaminan.

Bagaimanapun setelah mendengar hujah daripada pihak pembelaan, Mahkamah Sesyen Shah Alam membebaskan Khir dengan wang jaminan sebanyak RM750,000.

Khir, 45, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sg Panjang telah didakwa membeli dua plot tanah di Seksyen 7 Shah Alam untuk membina sebuah banglo daripada Ditamas Sdn Bhd pada tahun 2007 pada harga RM3.5 juta iaitu di bawah paras harga pasaran atau semasa sedangkan Ditamas dikatakan telah membeli tanah tersebut pada harga RM6.5 juta pada Disember 2004.

Khir berhadapan dengan kemungkinan dijatuhkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau didenda jika didapati bersalah.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan