Dr Mahathir Yakin Bumiputera Boleh Berjaya Tanpa Bantuan Kerajaan

Diterbitkan: Khamis, 9 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI:Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau percaya orang Melayu di negara ini boleh berjaya tanpa mendapat bantuan kerajaan suatu hari nanti.

Katanya ketika ini ramai orang Melayu berjaya kerana Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan ini membuktikan tuduhan bahawa orang yang diberi pertolongan dan mereka yang ditolong akan menjadi lemah dan tidak berusaha langsung.

"Hasil DEB, hari ini ramai Bumiputera yang berjaya termasuk memiliki perniagaan. DEB cukup berjaya. Ada orang kata berjaya kerana DEB tetapi kerajaan secara beransur-ansur kurangkan bantuan dan akan terus kurangkan lagi. Jadi kita akan lihat nanti orang Bumiputera yang tidak bertongkat," katanya pada majlis pembukaan rasmi Hotel The Danna di sini malam tadi.

Majlis pembukaan itu disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

Dr Mahathir berkata sebelum ini tidak pernah terfikir langsung bahawa ada Bumiputera yang mampu memiliki rangkaian hotel tetapi hari ini sudah ada beberapa usahawan kaum ini yang melakukannya. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan