TV Al-Hijrah Mampu Didik Masyarakat - Najib

Diterbitkan: Rabu, 8 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak yakin TV Al-Hijrah mampu memupuk nilai-nilai murni dalam usaha mendidik masyarakat negara ini.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis pelancaran stesen itu di Pusat Penyiaran Digital TV Al-Hijrah, Pusat Islam di sini malam Selasa.

Tujuh program terbitan TV Al-Hijrah yang akan ke udara pada bulan ini ialah Ejen Halal, Majalah Islam, Bicara, Nota Al-Zahra, Assalamualaikum, Menu Alam dan Berita Al-Hijrah.

Kata beliau, bagi masyarakat bukan Islam, stesen itu diharap dapat memperkenalkan ajaran Islam yang betul, harmoni yang membawa kesejahteraan.

"Saya harap Al-Hijrah menjadi wahana perpaduan ummah negara.

"Bagi seluruh umat Islam negara ini, terimalah stesen ini sebagai media pendidikan tidak formal untuk mereka," kata beliau.

Stesen yang boleh ditonton secara percuma ini akan bersiaran secara penuh hari ini bermula pukul 3 petang hingga 12 tengah malam pada hari Isnin hingga Khamis manakala hari Jumaat hingga Ahad pula bermula pukul 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.

Ia merupakan stesen televisyen pertama di Malaysia yang menawarkan program-program televisyen berdasarkan perspektif Islam yang menyasarkan golongan belia Islam sebagai penonton utamanya.

Saluran televisyen itu juga adalah inisiatif kerajaan untuk mewujudkan sebuah stesen televisyen yang mampu menjadi sumber ilmu bukan sahaja kepada umat Islam, bahkan kepada orang bukan Islam bagi membantu mereka mengenali dengan lebih dekat agama itu.

Studio televisyen berkenaan mengadaptasikan konsep terbuka dengan masyarakat dapat melihat secara langsung bagaimana warga kerja TV Al-Hijrah menjalankan tugas ketika mereka melawat studio tersebut.

Orang ramai boleh mendapatkan siarannya yang dipancarkan melalui saluran UHF melalui butang kawalan frekuensi pada set televisyen masing-masing. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tvalhijrah.com.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan