Persidangan Dewan Rakyat Dilanjut Sehari

Diterbitkan: Rabu, 8 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat yang dijadual berakhir pada 15 Dis ini dilanjutkan sehari lagi iaitu sehingga Khamis, 16 Dis 2010.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee sebelum bermula sesi soal jawab pagi ini memaklumkan bahawa tambahan itu diperlukan bagi membolehkan rang undang-undang dan urusan-urusan kerajaan yang lain diselesaikan.

"Satu perutusan daripada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) selaku Ketua Majlis memaklumkan bahawa kerajaan memohon supaya Dewan Rakyat yang sedang bersidang yang akan berakhir pada 15 Dis 2010 ditambah satu hari lagi iaitu sehingga 16 Dis 2010," katanya.

Permohonan itu dilakukan selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(2) peraturan-peraturan majlis mesyuarat Dewan Rakyat, katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan