Kemajuan Projek Landasan Berkembar Ipoh - Padang Besar Capai 60 Peratus

Diterbitkan: Rabu, 8 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Kemajuan fizikal Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) Ipoh-Padang Besar sepanjang 329 kilometer kini mencapai 60 peratus, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata walaupun kerja-kerja pembinaan projek yang merentasi negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis itu mengalami sedikit kelewatan daripada jadual asal, ia dijangka siap mengikut jadual pada Disember 2013.

"Pembinaan mengalami kelewatan disebabkan masalah pengambilan tanah. Bagaimanapun, kerja pengambilan tanah telah selesai sebanyak 99 peratus," katanya kepada pemberita selepas melawat jambatan ayun (swing bridge) bagi PLBE di sini pada Rabu.

Katanya kerja pengambilan tanah dijangka siap sepenuhnya akhir tahun ini.

Beliau berkata pada keseluruhannya pembinaan PLBE melibatkan kerja-kerja sistem, 23 stesen/perhentian, 75 jambatan sungai, 66 jalan atas jambatan, lapan jalan bawah jambatan, 45 jejantas pejalan kaki dan motosikal serta dua terowong iaitu di Larut dan Berapit.

Kong berkata salah satu struktur unik projek PLBE itu ialah pembinaan jambatan ayun berukuran 90 meter di Sungai Prai untuk laluan kapal.

Beliau berkata pembinaan jambatan ayun itu yang menggunakan teknologi dari Austria dijangka siap pada Disember 2012.

"Ketika ini kemajuan fizikal pembinaan swing bridge itu ialah 40 peratus berbanding kemajuan dirancang 30 peratus iaitu mendahului jadual sebanyak 10 peratus," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan