Dewan Kembali Hiruk-Pikuk Dengan Isu Anwar-APCO

Diterbitkan: Rabu, 8 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat kecoh lagi, Rabu, apabila cubaan wakil rakyat pembangkang untuk menangguhkan persidangan dewan bagi membincangkan hukuman yang mungkin dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu firma perhubungan antarabangsa Apco Worldwide, ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

'Beria-ia' untuk 'membela' Ketua Pembangkang itu, Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) bangun untuk mempertikaikan keputusan Pandikar Amin yang menolak usul dikemukakannya semalam, kerana mendakwa anggota Parlimen Permatang Pauh itu tidak dibicarakan seadilnya oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana tidak diberi peluang untuk membela diri.

"Tindakan itu tidak adil kerana Jawatankuasa Hak dan Kebebasan tidak akan mendengar lagi keterangan saksi termasuk daripada Anwar dan sebaliknya akan membuat rumusan berdasarkan sepucuk surat penjelasan oleh firma perhubungan antarabangsa, Apco Worldwide pada 19 Ogos lepas.

"Kenapa Yang Berhormat Permatang Pauh juga tidak diberikan peluang untuk cross-examine surat yang diberikan oleh Apco? Ini hanya menguatkan lagi andaian bahawa Apco ini cukup berkuasa untuk mempengaruhi Umno dan Barisan Nasional. Umno tunduk kepada rejim Zionis!," dakwanya lantang.

Mohamed Azmin telah mengemukakan usul untuk membincangkan isu Anwar itu kepada Dewan Rakyat pada Isnin lepas tetapi ditolak oleh Pandikar Amin dalam kamarnya hari ini, dengan alasan bahawa Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen belum membuat sebarang keputusan berhubung kes Anwar-Apco berkenaan.

Pandikar Amin bagaimanapun menolak andaian itu dan menegaskan beliau berpendapat tidak ada sebarang elemen konflik berkepentingan. Dewan persidangan seterusnya bertambah panas apabila lebih ramai wakil pembangkang bangun membantah manakala Mohamed Azmin pula lebih 'galak' berbahas sehingga mengeluarkan kata-kata yang nyata tidak menyenangkan pihak BN.

Melihat 'perang mulut' yang berpanjangan hampir satu jam itu memaksa Pandikar Amin untuk mengarahkan beberapa anggota Parlimen yang degil supaya keluar dewan sehingga 2.30 petang.

"Tolong keluar, Padang Serai (PKR-N.Gobalakrishnan), Balik Pulau (PKR-Yusmadi Yusoff) and Indera Mahkota (PKR-Azan Ismail). Siapa lagi yang berdiri? juga boleh keluar," tegasnya yang menyebabkan majoriti anggota Parlimen pembangkang meninggalkan persidangan dewan.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan