Lelaki Maut Dipijak Gajah Ketika Cari Buah Keranji

Diterbitkan: Selasa, 7 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Seorang lelaki maut dipijak gajah liar manakala empat rakannya terselamat dalam kejadian dikejar sekumpulan gajah semasa mereka mencari buah keranji di Hutan Bring, dekat Pos Pasik, di sini petang Isnin.

Mangsa, Muhamad Adnan Iberahim, 26, dari Kampung Bertam Lama, Gua Musang ditemui meninggal dunia ditempat kejadian oleh rakan-rakannya itu dipercayai dipijak gajah liar terbabit di bahagian kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah berkata, lima sahabat itu telah keluar mencari buah keranji pada pukul 8 pagi dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda.

"Sebaik sampai di hutan berkenaan mereka berjalan kaki dalam kawasan hutan untuk mencari pokok keranji lalu terserempak dengan sekumpulan gajah yang dikatakan mengejar mereka.

"Dalam kejadian dikejar, masing-masing lari menyelamatkan diri sebelum mereka menyedari kehilangan Muhamad Adnan,” katanya di sini, Selasa.

Saiful Bahari berkata, rakan-rakannya itu kemudian berpatah balik mencari mangsa selepas kumpulan gajah itu beredar dari kawasan berkenaan.

"Mereka menemui mangsa dalam keadaan cedera parah dan telah meninggal dunia dan membawa mayat itu ke rumahnya sebelum membuat laporan polis," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan