Lebih Ramai Pelabur Singapura Berminat Melabur Di Malaysia, Mustapa

Diterbitkan: Selasa, 7 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Terdapat lebih banyak syarikat Singapura berminat melabur di Malaysia berikutan hubungan dua hala yang akrab antara kedua-dua negara.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata republik itu merupakan pelabur asing yang utama kepada Malaysia bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Dalam tempoh itu, keseluruhan pelaburan dari Singapura yang diluluskan ialah US$1.134 bilion membabitkan 75 projek, katanya kepada pemberita selepas menghadiri forum mengenai Program Transformasi Ekonomi (ETP) anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan kerjasama Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu) di sini, Selasa.

Turut hadir pada forum itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.

Mustapa berkata untuk sembilan bulan pertama tahun ini, dagangan dua hala dengan Singapura berjumlah US$32.9 bilion iaitu 12.6 peratus daripada keseluruhan jumlah dagangan Malayia. Pada tahun lepas, Singapura merupakan sumber keempat terbesar pelaburan asing Malaysia selepas Jepun, Hong Kong dan Amerika Syarikat.

Beliau berkata, Iskandar Malaysia telah maju dengan ketara pesatnya setakat hari ini dalam aspek menarik pelaburan dari Singapura.

Pelaburan dari 2006 hingga Ogos tahun ini berjumlah US$19.3 bilion, di mana US$8.1 bilion (43 peratus) merupakan pelaburan yang sedang dilaksanakan.

Menurut Mustapa, respon yang baik pada hari ini ialah dengan kehadiran 400 pelabur Singapura berbanding dengan jangkaan awal kira-kira 250 tokoh perniagaan, satu lagi petunjuk yang menunjukkan minat terhadap Malaysia daripada pelabur republik itu.

Sementara itu, katanya beliau mahukan lebih banyak publisiti mengenai Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan ETP semasa forum kementerian itu yang diadakan di beberapa negara asing. Pada tahun depan, katanya kementeriannya akan menganjurkan forum yang sama mengenai GTP dan ETP kepada negara kuasa besar ekonomi seperti Jepun dan Korea Selatan.

Sementara itu pada persidangan akhbar, Idris berkata forum itu membolehkan beliau dan MITI menerangkan secara mendalam mengenai GTP dan ETP serta pelbagai peluang yang boleh diambil oleh pelabur Singapura.

Forum ini membolehkan kita menerangkan mengenai ETP dan mengenal pasti bidang tertentu yang kita mahukan mereka (pelabur) masuk khasnya dalam 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)," kata beliau.

Idris dan Mustapa merumuskan bahawa tokoh perniagaan republik itu telah menunjukkan minat besar di Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang mereka minat pada tahun ini berbanding dengan tahun sebelumnya.

"Tahap pelaburan dari Singapura tahun ini telah meningkat dengan pesat berbanding dengan tahun lepas. Ia sangat menggalakkan. Terdapat peluang besar bagi peniaga untuk maju," kata Idris. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan