Hotel Bajet Miliki Kelebihan Tarik Pelancong - MBHA

Diterbitkan: Selasa, 7 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JITRA: Hotel-hotel bajet memiliki kelebihan untuk memikat pengunjung khususnya pelancong asing dan membantu kerajaan mencapai matlamat menarik lebih 36 juta pelancong ke Malaysia menjelang tahun 2020.

Naib Presiden Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MBHA), Ir Mohamed Hassan KB Hamzah berkata, kelebihan itu kerana pengusaha hotel bajet sentiasa berhadapan dan melayan pelancong yang datang dan sekaligus dapat memikat mereka.

Beliau berkata, kedudukan strategik kebanyakan hotel bajet yang berdekatan pelbagai kemudahan awam dan dengan pengetahuan pengusaha mengenai asal usul dan produk-produk pelancongan tempatan, membantu mereka memberi penerangan kepada pelancong.

"Kelebihan-kelebihan ini tidak terdapat pada hotel-hotel bertaraf empat bintang ke atas, malah untuk bertemu pemiliknya amat sukar sekali," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus sehari pengurusan dan pemasaran untuk kakitangan hotel bajet peringkat zon utara di Hotel Bustani di sini, Selasa.

Menurut Ir Mohamed Hassan, kursus itu selaras dengan rancangan kerajaan memperkenalkan Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia yang mensasarkan pendapatan sebanyak RM168 bilion daripada lebih 36 juta pelancong berkunjung ke negara ini pada tahun 2020.

"Dengan kelebihan ini MBHA merancang strategi untuk dimanfaatkan 1,500 pengusaha yang menjadi ahli persatuan dan mengukuhkan rangkaian sesama ahli dengan menawarkan pakej menarik kepada pelancong untuk mencapat matlamat 2020.

"Strategi ini termasuk mencadangkan kepada kerajaan membenarkan dua harga berbeza diperkenalkan untuk pelancong tempatan yang lebih rendah dan kepada pelancong asing yang lebih tinggi," katanya.

Ir Mohamed Hassan berkata, MBHA akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan mendirikan hotel bajet supaya infrastruktur lengkap dapat disediakan selain produk-produk tempatan dipromosikan sebagai daya tarikan pelancongan.

"MBHA yakin dengan strategi dan perancangan yang betul, matlamat menarik lebih 36 juta pelancong melawat Malaysia pada 2020 yang menjana RM168 bilion boleh dicapai," katanya.

Kursus sehari itu disertai 50 staf pengurusan hotel bajet dari Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak bertujuan meningkatkan kefahaman, misi dan visi MBHA bagi memenuhi hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara idaman pelancong. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan