Empat Rakyat Malaysia Disyaki Pengedar Dadah Ditahan Di Chennai

Diterbitkan: Selasa, 7 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CHENNAI: Polis merampas 27.5 kg dadah jenis ephedrine yang disembunyikan dalam pakaian dalam wanita dan menahan empat lelaki Malaysia bagi membantu siasatan berhubung kes cubaan menyeludup dadah itu keluar dari India, di sini.

Rakyat Malaysia itu bersama seorang rakyat India ditahan oleh Biro Kawalan Narkotik (NCB), agensi penguatkuasaan anti dadah elit India, di sini pada hari Ahad lepas berdasarkan maklumat awam.

"Kami mendapat beberapa maklumat penting dan menyiasatnya. Kami syak mereka mempunyai kaitan dengan pembekal dadah lebih besar di Malaysia," kata pengarah zon selatan NCB Davidson Devasirvatham kepada Bernama, Selasa.

Mereka yang ditahan bagi membantu siasatan ialah M. Muruganandham, 52, K. Subramaniam, 46, M. Mahendran, 40, dan P.Sathyaseelan, 34, semuanya dipercayai terbabit dalam bidang perniagaan kecil-kecilan.

Rakyat India itu pula dikenal pasti sebagai Rangasamy Gunasekaran, 33, yang berasal dari Tanjavur di Tamil Nadu, yang disyaki menjadi orang hubungan antara kumpulan pengedar dadah Malaysia dan rangkaian dadah di Chennai.

Semua mereka ditahan di lapangan terbang Antarabangsa Anna semasa menunggu untuk menaiki penerbangan Chennai-Kuala Lumpur, sejurus selepas mereka membawa bagasi untuk pemeriksaan.

Penyiasat NCB menemui serbuk itu dibungkus dalam paket-paket kecil seberat kira-kira 500 gram, tersembunyi dalam pakaian dalam yang popular dikalangan wanita India salwar kameez.

Ephedrine, sejenis bahan yang digunakan bagi menghasilkan pil khayal mendapat permintaan tinggi di kalangan remaja yang sering menggunakan ia sebagai "pil untuk berparti". - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan