Calon Tidak Semestinya Berjawatan Tinggi Dalam Parti - Khairy

Diterbitkan: Selasa, 7 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Calon yang akan dicadang Pergerakan Pemuda Umno pada pilihan raya umum akan datang adalah daripada kalangan mereka berkemahiran tinggi dan disenangi, kata Ketuanya Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, mereka juga tidak semestinya berjawatan tinggi tetapi harus tahu tanggung jawab sebagai wakil rakyat.

"Saya tidak lihat kepada aspek yang hanya tahu mengampu Khairy Jamaluddin sahaja, lihat dari pelbagai aspek dan yang penting calon yang bakal dipilih itu disenangi rakyat.

"Selain itu calon itu juga harus tahu mengaplikasi laman-laman sosial seperti Facebook kerana di situlah caranya untuk kita meraih sokongan dari golongan muda," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Berkhatan Perdana Parlimen Bukit Gelugor, di sini, Selasa.

Beliau diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa satu mekanisme khusus akan diwujudkan oleh Barisan Nasional (BN) dalam pemilihan calon untuk pilihan raya umum akan datang bagi menggantikan pemilihan yang dibuat oleh parti komponen atau presiden sebelum ini.

Mengulas perkembangan lain, Khairy yang Ketua Pemuda BN berkata sayap itu akan meneruskan program khidmat sosial yang dilaksanakan sekarang bagi mendekati rakyat, sesuai dengan aspirasi "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

"Kami tidak mahu sekadar beretorik, membuat kenyataan media dalam isu-isu politik, lebih baik memberi tumpuan dan fokus kepada khidmat masyarakat sekurang-kurangnya kami berusaha untuk menyelesaikan masalah mereka.

"Rakyat mahu pemimpin yang boleh menyelesaikan masalah dan prihatin dengan kesulitan yang dihadapi bukan hanya berjanji kosong," katanya.

Pada majlis hari ini yang dianjurkan Pemuda Umno Bukit Gelugor, Umno Cawangan Taman Tun dan Persatuan Penduduk Perumahan Kastam Bukit Gelugor, seramai 101 kanak-kanak berusia antara lima dan 11 tahun menyertainya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan