Calon Pilihan Rakyat Boleh Jamin Kemenangan BN - Shafie

Diterbitkan: Selasa, 7 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Calon pilihan rakyat merupakan aspek penting yang akan ditekankan oleh kepimpinan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang bagi memestikan rakyat terus memberi mandat kepada BN untuk mentadbir negara, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata perkara itu ditekankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Konvensyen BN baru-baru ini.

"Calon yang perlu diketengahkan nanti ialah calon yang boleh berkhidmat dan diterima oleh rakyat, bukan kerana calon itu kawan kita, bukan kerana calon itu penyokong kita...itu bukan menjadi penentunya," katanya kepada pemberita, di sini, Selasa.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu juga berkata calon yang mewakili BN pada pilihan raya akan datang adalah mereka yang terpilih kerana faktor keupayaan dan keunggulannya.

"Tidak ada maknanya kita menjadi calon kalau besok nanti kita kalah," katanya.

Mengulas lanjut, Shafie memberi contoh pemilihan calon pada pilihan raya kecil Galas di Kelantan dan Batu Sapi di Sabah baru-baru ini yang mengambil kira kehendak rakyat, yang akhirnya membawa kemenangan kepada BN.

Sementara itu mengulas isu bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang didakwa di mahkamah semalam, Shafie berkata beliau yakin perkara itu tidak akan menjejaskan Umno atau BN.

Pendakwaan itu juga katanya adalah bukti tidak ada siapa boleh terlepas daripada proses undang-undang di negara ini.

Shafie sebelum itu merasmikan program khatan beramai-ramai anjuran Umno Bahagian Semporna dan Persatuan Kebajikan Perubatan Islam Sabah cawangan Semporna.

Seramai 600 kanak-kanak terlibat dalam program tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan