Unit Khas Ditubuhkan Kendali Pengeluaran Pas Residen

Diterbitkan: Isnin, 6 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri akan menubuhkan satu unit khas bagi mengendalikan pengeluaran pas residen kepada ekspatriat untuk menetap dan bekerja di Malaysia, satu daripada inisiatif polisi baru bagi menarik dan mengekalkan modal insan berkemahiran tinggi. Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata langkah itu adalah bagi memudahkan inisiatif tersebut dilaksanakan dan dapat dilakukan dengan kadar segera.

"Kita akan selesaikannya dan mempunyai unit khas yang bertanggungjawab terus kepada saya berhubung perkara ini.

"(Ini) kerana saya ingin melihat ia dilaksanakan, saya ingin melihat ia dilakukan dengan segera," katanya selepas majlis pelancaran Talent Corporation oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini, Isnin.

Terdahulu, Najib mengumumkan inisiatif-inisiatif polisi baru yang menekankan kepentingan modal insan bertaraf dunia untuk mentransformasikan ekonomi negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi.

Antara insiatif tersebut ialah memperkenalkan pas residen kepada ekspatriat yang berkemahiran tinggi yang membolehkan pemegangnya tinggal dan bekerja di Malaysia untuk satu tempoh yang lama.

Hishammuddin berkata pelaksanaan inisiatif itu juga sebagai antara langkah untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga mahir di negara ini.

"Mekanisme di bawah pas residen ini akan menjadi satu mekanisme untuk menangani isu ini.

"Dalam melihat masalah tenaga asing dan pekerja tanpa izin, ia merupakan satu isu yang kompleks, tetapi hari ini membanggakan kerana memberi tumpuan kepada tenaga kerja mahir.

"Bukan sahaja kepada warga yang berada di Malaysia tetapi juga di luar negara," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan