Tabung Bantuan Untuk Mangsa Serangan Binatang Buas

Diterbitkan: Isnin, 6 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mungkin tidak ramai yang mengetahui tentang kewujudan Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas, tetapi sejak 2006 Kementerian Kewangan menerusi tabung berkenaan telah menyumbang RM405,200 kepada 49 mangsa serangan binatang buas.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan apungan sebanyak RM1 juta kepada skim bantuan tabung berkenaan.

Misalnya pada hari ini, beliau telah menyampaikan bantuan tersebut sebanyak RM20,000 kepada V. Nehru iaitu bapa kepada bayi yang baru berusia tiga hari yang meninggal akibat digigit dan dilarikan oleh seekor monyet di Seremban dua bulan lalu.

"Tujuan skim bantuan ini diwujudkan adalah untuk membantu mangsa atau keluarga yang diserang oleh binatang buas," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Shahrizat berkata kadar bantuan itu adalah berdasarkan kepada tahap kecederaan yang dialami oleh mangsa kesan serangan binatang buas dengan kadar maksimum sebanyak RM20,000 bagi mangsa yang meninggal dunia atau hilang upaya kekal.

Dalam isu berasingan, Shahrizat mengulangi bahawa beliau tidak bersetuju dengan perkahwinan kanak-kanak pada usia yang muda.

"Perkahwinan pada usia muda mestilah mendapatkan kelulusan daripada mahkamah. Mengikut undang-undang Syariah, seseorang kanak-kanak perempuan mestilah berkahwin pada umur 16 tahun di mana Akta Kanak-Kanak menekan usia perkahwinan kanak-kanak perempuan adalah 18 tahun," kata beliau.

Beliau berpendapat kanak-kanak yang berusia muda memerlukan lebih perlindungan dan keselamatan.

"Perkahwinan merupakan satu perkara yang serius. Kita khuatir kanak-kanak mungkin akan didedahkannya sebagai satu budaya.

"Risiko dan impaknya amat serius kepada mereka yang berkahwin pada usia muda," tambah beliau ketika ditanya tentang isu perkahwinan pada usia yang muda.

Beliau juga berkata institusi keluarga bukanlah sesuatu yang dipandang remeh dan ia perlu diambil kira.

Sharizat berkata beliau telah meminta nasihat penasihat undang-undang untuk mengatasi masalah ini dan berharap tindakan sewajarnya dapat diambil dalam masa terdekat.

"Sekiranya pasangan tersebut tidak menyedari, ia tidak apa tetapi pihak berkuasa perlu menyedarinya," tambahnya.

Isu ini timbul apabila semalam dilaporkan bahawa seorang remaja Siti Maryam Mahmood, 14, telah berkahwin dengan seorang guru Sekolah Rendah berusia 23 yang majlis perkahwinan mereka diadakan kelmarin bersama 250 pasangan lain yang dianjurkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan