Semua Koridor Pembangunan Ekonomi Perlu Tingkatkan Usaha Menarik Pelaburan, Kata Tun Abdullah

Diterbitkan: Isnin, 6 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Bekas Perdana Menteri, yang juga Penasihat Pembangunan Koridor, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata kelima-lima koridor pembangunan ekonomi yang terdapat di negara ini perlu meneruskan usaha menarik pelaburan sama ada dari dalam atau luar negara.

Sambil menyatakan rasa puas hatinya terhadap perkembangan pembangunan di Iskandar Malaysia, beliau berkata usaha berterusan perlu dilakukan bagi mempromosi destinasi-destinasi pelaburan itu.

Bagi tujuan itu, pihak swasta juga perlu memainkan peranan menarik pelaburan ke kawasan berkenaan dan tidak mengharapkan pihak berkuasa wilayah dan kerajaan sahaja, katanya di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), Isnin.

Beliau berkata demikian selepas diberikan taklimat mengenai perkembangan terkini kelima-lima koridor ekonomi itu di pejabat UEMLand, Nusajaya sewaktu lawatan kerjanya Sabtu lepas.

Kelima-lima koridor ekonomi itu adalah Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER), Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE). Taklimat tersebut telah disampaikan oleh para wakil setiap pihak berkuasa wilayah koridor masing-masing.

Yang turut hadir pada taklimat itu termasuk Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta Datuk Seri Dr Ali Hamsa, Ketua Eksekutif IRDA Ismail Ibrahim dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Investment Berhad (IIB) Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim.

Sewaktu lawatan kerjanya, Abdullah turut dibawa melawat ke Kota Iskandar, tapak Legoland Malaysia, Educity dan projek perumahan awam Iskandar Malaysia.

"Saya amat berbangga dengan apa yang dilihat pada hari ini. Proses pembangunan Iskandar Malaysia amat memberangsangkan dan saya boleh nampak usaha-usaha yang dilakukan bagi kejayaan projek ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan