Pemuda MIC Hantar Memo Bantah Diskriminasi Pinjaman, Biasiswa Pendidikan DI Selangor

Diterbitkan: Isnin, 6 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pemuda MIC Kebangsaan dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) menghantar memorandum bantahan berhubung dakwaan berlaku diskriminasi dalam pemberian pinjaman dan biasiswa pendidikan kepada pelajar India di Selangor.

Setiausaha Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan C. Sivarraajh berkata memorandum dua muka surat itu diserahkan kepada Setiausaha Eksekutif Menteri Besar Dr Razali Bolih di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Beliau mendakwa sepanjang tempoh 2010 hanya empat orang pelajar India yang menerima pinjaman pendidikan dari Kerajaan Selangor berbanding 36 pada 2006, semasa Selangor ditadbir Barisan Nasional.

"Alasan yang diberikan oleh seorang exco sebelum ini juga sangat tidak relevan di mana beliau mendakwa kerajaan negeri kurang mendapat permohonan pinjaman dan biasiswa pendidikan dari pelajar India," katanya kepada pemberita.

Sivarraajh berkata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya memberi perhatian berhubung isu berkenaan kerana pendidikan penting bagi membela nasib kaum India.

"Kami menggesa supaya hak kaum India yang ada diperuntukkan tidak disalahguna oleh pihak tertentu," katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan