Palanivel Disahkan Sebagai Presiden MIC Ke-8 - Berita Semasa | mStar

Palanivel Disahkan Sebagai Presiden MIC Ke-8

Diterbitkan: Isnin, 6 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Samy Vellu sebentar tadi secara rasminya menyerahkan jawatan presiden MIC kepada timbalannya, Datuk G. Palanivel dalam satu peristiwa bersejarah dengan disaksikan oleh seluruh Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).

Dalam perkembangan yang berkaitan, jawatan timbalan presiden secara rasminya juga diambil alih oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam.

Palanivel, 61, merupakan presiden MIC yang ke-8. Beliau juga adalah bekas setiausaha akhbar Samy dan pernah berkhidmat dengan Agensi Berita Nasional atau BERNAMA.

Beliau kini merupakan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Samy, 74, yang mencatat sejarah sebagai presiden MIC yang paling lama menyandang jawatan itu iaitu selama 31 tahun akan memulakan tugas rasminya yang baru sebagai duta khas Malaysia (infrastruktur) ke India dan juga negara-negara sekitarnya

Samy yang mengambil alih teraju kepimpinan MIC pada 1979 selepas kematian Tan Sri V. Manickavasagam, sebelum ini berkata bahawa parti itu mahu menyaksikan peralihan kuasa yang licin antara beliau dengan timbalannya.

Beliau kini telah mendapat mandat daripada CWC untuk menyerahkan jawatan presiden kepada Palanivel.

Dr S. Subramaniam pula sebelum ini menyandang jawatan naib presiden.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan