Najib Umum Dasar Tarik, Kekal Bakat

Diterbitkan: Isnin, 6 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan inisiatif-inisaitif dasar baru bertujuan memenuhi keperluan bagi Malaysia mempunyai bakat bertaraf dunia sejajar dengan transformasi ekonomi negara.

Inisiatif dasar yang diluluskan oleh kerajaan itu adalah bagi membolehkan pelajar terpilih dalam program biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam untuk berkhidmat di luar perkhidmatan awam.

Kerajaan juga meluluskan dasar untuk memperkenalkan pas pemastautin yang membolehkan pemegangnya tinggal dan bekerja di Malaysia untuk satu tempoh yang lama.

"Untuk mencapai hasrat Malaysia menjadi ekonomi yang bertaraf antarabangsa, kita perlu melaksanakan inisiatif-inisiatif untuk menarik, membangun dan mengekalkan modal insan berkemahiran tinggi yang diperlukan untuk ekonomi berpendapatan tinggi," kata Perdana Menteri di pejabatnya di sini ketika melancarkan Talent Corporation.

Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Najib berkata pemegang biasiswa JPA yang terpilih akan dapat memenuhi ikatan bon masing-masing menerusi pelbagai badan termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta.

Katanya pertubuhan khususnya yang ada kaitan dengan Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA) dan mekanisme terperinci akan dihasilkan oleh kerajaan tahun depan.

"Kita akui terdapat pelbagai cara untuk menyumbang dan kita sedang mewujudkan peluang-peluang kepada pemegang biasiswa ini untuk berbuat demikian," kata Perdana Menterin.

Mengenai pas pemastautin, beliau berkata ia akan disediakan kepada pegawai asing yang berkemahiran tinggi yang mahu terus bekerja dan tinggal di Malaysia.

Tidak seperti pas pekerjaan, pas pemastautin ini mempunyai kelebihan iaitu ia tidak terikat kepada mana-mana majikan dan ia meliputi tempoh masa lebih lama dan meliputi juga pasangan pemegangnya, kata Najib.

"Pas pemastautin ini akan juga ditawarkan kepada diaspora Malaysia dan anak-anak mereka yang tidak lagi warga negara malaysia.

Pas pemastautin ini adalah satu cara menawarkan kepada mereka satu hubungan dengan Malaysia dan memberikan mereka kemudahan untuk pulang sama ada untuk bekerja atau bersama anggota keluarga," katanya.

Jabatan Imigresen sedia untuk menerima permohonan bagi pas pemastautin ini menjelang 1 April tahun depan, kata Najib.

Perdana Menteri mengulangi pendirian kerajaan bahawa Malaysia sentiasa terbuka dalam bidang perniagaan dan sedia menerima bakat asing yang berkemahiran tinggi yang mampu bekerja untuk memacu transformasi ekonomi Malaysia.

"Sebab itulah tak perlu lagi diiklankan jawatan penting bagi pegawai asing. Tambahan pula kabinet telah meluluskan kelonggaran syarat pas pekerjaan.

"Secara khususnya ini melibatkan pemansuhan had 10 tahun dan syarat wajib menyediakan pelatih bagi jawatan eksekutif," katanya.

Najib berkata Talent Corporation akan bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk menyelaras pelaksanaan dasar berkaitan bakat yang diumumkan Isnin.

Beliau berkata syarikat itu yang akan memulakan operasi pada 1 Januari 2011, akan mengandungi Lembaga Pemegang Amanah dan akan dipengerusikan beliau.

Katanya tambahan anggota lembaga itu termasuk dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Datuk Seri Idris Jala, dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Beliau berkata Johan Mahmood Merican telah dipilih sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Talent Corporation Malaysia Berhad.

"Perbadanan bakat itu bukan hanya setakat membawa rakyat Malaysia di seberang laut untuk balik ke tanah air tetapi juga mengekalkan bakat yang ada di Malaysia juga," katanya.

Najib berkata dianggarkan kira-kira 700,000 rakyat Malaysia bekerja di seberang laut dan kebanyakannya di Singapura dan Hong Kong.

Beliau berkata syarikat itu akan bertindak sebagai perantara yang perlu berhubung dengan sektor swasta dan GLC, untuk menjadi rakan sepadan yang baik bagi menarik rakyat Malaysia untuk bekerja di tanah air.

"Mereka (rakyat Malaysia) tidak boleh dipaksa untuk mendaftar, tapi Talent Corp akan berusaha untuk mengesan mereka dan berhubung dengan mereka sama ada secara fizikal atau online," katanya.

Mengulas mengenai mengenai gaji yang mungkin menjadi isu utama bagi menarik mereka kembali ke tanah air, beliau berkata: "Kita perlu bersaing secara global, jika tidak rakyat tidak mahu kembali ke Malaysia." - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan