MIC Bermesyuarat Peralihan Tampuk Kepimpinan Parti - Berita Semasa | mStar

MIC Bermesyuarat Peralihan Tampuk Kepimpinan Parti

Diterbitkan: Isnin, 6 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC memulakan mesyuarat di sini hari ini ke arah peralihan tampuk kepimpinannya daripada Datuk Seri S. Samy Vellu kepada timbalannya Datuk G. Palanivel.

Samy Vellu tiba di ibu pejabat parti itu, tempat mesyuarat diadakan kira-kira 9.56 pagi dengan disambut oleh Palanivel dan anggota-anggota CWC.

Samy Vellu, 74, yang mengambil alih teraju kepimpinan MIC pada 1979 selepas kematian Tan Sri V. Manickavasagam, sebelum ini berkata bahawa parti itu mahu menyaksikan peralihan kuasa yang licin antara beliau dengan timbalannya.

Beliau dijangka mendapat mandat daripada CWC untuk menyerahkan jawatan presiden kepada Palanivel, 61, yang pernah menjadi Setiausaha Akhbar kepadanya untuk menjadi presiden MIC yang kelapan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam yang kini menyandang jawatan naib presiden dijangka mengisi kekosongan jawatan yang bakal ditinggalkan oleh Palanivel yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan