KeTTHA Tidak Halang Selangor Ambil Alih Syarikat Konsesi Air

Diterbitkan: Isnin, 6 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), tidak pernah menghalang hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih Syabas dan tiga lagi syarikat konsesi air di negeri Selangor.

Menteri berkenaan Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata ia boleh dilakukan asalkan hasrat tersebut dibuat berasaskan prinsip “sedia beli sedia jual”, menghormati perjanjian konsesi sedia ada yang masih sah dan berkuat kuasa serta kerajaan negeri membiayai sendiri pengambilalihan itu sepenuhnya.

Persetujuan ini diberikan sejak cadangan penstrukturan semula industri bekalan air di negeri Selangor dikemukakan kepada Kerajaan pada awal 2008, katanya.

Chin berkata perkara ini telah banyak kali dijelaskan menerusi surat-surat kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kenyataan media selain penjelasan di Parlimen.

Kali terakhir penjelasan dibuat oleh Menteri kepada Menteri Besar Selangor ialah melalui surat bertarikh 24 November, kata Chin.

"Berdasarkan persetujuan yang telah diberikan kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih empat syarikat konsesi secara “willing buyer, willing seller” yang disampaikan melalui surat oleh Menteri, yang terbaru bertarikh 24 November 2010, sepatutnya sudah tiada ada keperluan bagi Kerajaan Negeri Selangor untuk menyerahkan memorandum (kepada Yang di-Pertuan Agong) semalam, ataupun mengajak penyokong-penyokongnya berdemonstrasi.

Apa yang perlu dilakukan secepat yang mungkin oleh Kerajaan Negeri ialah mengemukakan tawaran pengambilalihan kepada empat syarikat konsesi seperti yang dihasratkan oleh Abdul Khalid, kata KeTTHA.

Chin membuat kenyataan itu sebagai reaksi kepada pengumuman Abdul Khalid yang mengumumkan Kerajaan Selangor sudah memperoleh kebenaran bertulis pada 3 Disember daripada KeTTHA untuk membeli kesemua empat konsesi syarikat air di negeri itu.

Berikutan itu, beliau berkata kerajaan negeri akan mengemukakan permohonan tawaran terbuka untuk membeli kempat-empat syarikat konsesi air berkenaan bagi melaksanakan plan penstrukturan semula industri bekalan air di negeri itu dalam tempoh tiga minggu mulai sekarang.

"Kita akan kemukakan tawaran terbuka mengikut syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti bagi tujuan pembelian dalam tempoh antara dua atau tiga minggu," kata Abdul Khalid kepada pemberita, Isnin.

Empat syarikat konsesi air di Selangor itu ialah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn. Bhd (Splash) and Konsortium ABASS. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan