Kes Khir Toyo: Terserah Pejabat Peguam Negara - Najib

Diterbitkan: Isnin, 6 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan kepada Pejabat Peguam Negara berhubung tindakan selanjutnya terhadap bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo atas tuduhan memiliki dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, Selangor dua tahun lepas. "Saya tidak boleh nak komen. Ini proses biasa, maknanya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) akan buat siasatan dan hantar (laporan) kepada (pejabat) Peguam Negara.

"Kalau (pejabat) Peguam Negara kata ada kes, terpulang kepada Peguam Negara untuk membuat keputusan," kata Perdana Menteri ketika melancarkan Talent Corporation di pejabatnya di sini Isnin.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mohamad Khir didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam daripada Ditamas Sdn Bhd melalui Pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta. Khir dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang DUN Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Shamsuddin turut didakwa atas tuduhan bersubahat melakukan kesalahan itu dengan Mohamad Khir pada 29 Mei 2007.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh. Mohamad Khir dan Shamsuddin masing-masing dibebaskan dengan ikat jamin RM750,000 dengan seorang penjamin. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan