Industri Aeroangkasa Disasar Sumbang RM50 Bilion Kepada Pendapatan Negara Pada 2015

Diterbitkan: Isnin, 6 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan mensasarkan industri aeroangkasa menyumbang RM50 bilion kepada pendapatan negara pada tahun 2015, kata menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pada tahun ini, industri aeroangkasa telah menjana pendapatan sebanyak RM25.7 bilion kepada pendapatan negara.

Sasaran RM50 bilion itu meliputi industri keselamatan, penguatkuasaan dan pertahanan dalam bidang aeroangkasa, dan dijangkakan pada ketika itu ekonomi negara-negara Asean pulih sepenuhnya, dan Malaysia akan menjadi hab pengeluaran aset-aset (pertahanan)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan (MIDES) di sini, Isnin.

Mesyuarat itu dihadiri oleh 37 wakil pelbagai agensi kerajaan dan 35 wakil syarikat industri pertahanan tempatan yang terlibat dalam bidang maritim dan teknologi maklumat (ICT).

Mesyuarat kali ketiga bagi tahun ini antara lain membincangkan status terkini perkembangan industri pertahanan tempatan serta laporan kumpulan kerja MIDES.

Menyentuh mengenai industri pertahanan negara, Ahmad Zahid berkata pasaran tempatan telah menyumbang hampir RM5 bilion setiap tahun dan pasaran luar negara pula ialah RM2.5 bilion, iaitu sebanyak 50 peratus daripada hasil penjualan pasaran tempatan.

Beliau juga berkata kementerian itu akan mengadakan satu bengkel mengenai industri pertahanan bersama Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, pada Mac tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menyampaikan ucaptama pada majlis itu, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan