Ucapan Dasar PM Bukan Petanda Pilihan Raya - Chua

Diterbitkan: Ahad, 5 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek menyifatkan ucapan dasar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersempena Konvensyen Barisan Nasional (BN) 2010 bukan petanda ketara Pilihanraya Umum ke-13 akan diadakan dalam masa terdekat.

Chua sebaliknya berkata, Perdana Menteri dalam ucapannya dengan jelas mengingatkan semua pemimpin komponen parti supaya bermuhasabah dan sedar apa yang dimiliki mereka adalah atas sokongan rakyat.

"Mereka harus berusaha mendapatkan sokongan rakyat," katanya pada sidang akhbar di sisi Konvensyen Barisan Nasional 2010 di sini, Ahad.

Ramai sebelum ini meramalkan PRU ke-13 bakal diadakan pada tahun depan.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai 'penyakit' yang dibangkitkan oleh Najib terhadap parti yang sudah lama bekuasa, Chua berkata semua pemimpin di negara demokratik perlu menerima satu hakikat.

"Hakikatnya ialah kuasa yang dimiliki mereka bukan datang secara automatik dan tidak berkekalan.

"Oleh itu, mereka perlu berubah untuk meraih sokongan pengundi," katanya.

Chua berkata, pemimpin perlu berubah supaya mereka terus relevan kepada rakyat dan sikap saling bekerjasama demi menjayakan matlamat yang dikongsi bersama perlu diteruskan demi kepentingan negara.

"Apa-apa rancangan atau pelan seperti Pelan Transformasi Negara tidak akan berjaya sekiranya tidak mendapat kerjasama.

"Kerjasama adalah syarat paling asas untuk memastikan perancangan kita berjaya," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan