Seorang Maut, Tiga Cedera Parah Kereta Rempuh Tembok Simen

Diterbitkan: Ahad, 5 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PANTAI REMIS: Seorang terbunuh, tiga lagi cedera parah apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Km 30 Jalan Damai Laut-Batu Hampar, di sini awal Ahad.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohd Jamil Osman berkata, mangsa yang terbunuh dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu ialah penumpang kereta Viji a/l Vedi, 25, berasal dari Segari.

Viji yang bekerja sebagai pemandu lori mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Manjung untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi.

Mohd Jamil berkata, mangsa yang cedera parah ialah pemandu kereta, G.Muneswaran, 26, dan dua lagi penumpang K. Marimuthu, 20, dan M. John Peter, 16. Ketiga-tiga mereka berasal dari sini.

Beliau berkata John Peter dirawat di sebuah hospital swasta di Ipoh manakala Marimuthu di sebuah hospital swasta di Manjung dan Muneswaran di Hospital Manjung.

Kejadian berlaku ketika kereta itu dalam perjalanan dari Segari ke Batu Hampar dikatakan gagal dikawal lalu terbabas ke kiri jalan dan merempuh tembok simen.

Akibat kejadian itu kereta jenis Proton Waja itu remuk teruk dan kesemua mangsa yang tersepit dikeluarkan oleh Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan