Seorang Maut, Empat Cedera Dalam Kemalangan Babitkan Lima Kenderaan

Diterbitkan: Ahad, 5 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MACHANG: Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam maut, dan empat yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan, Ahad.

Ketua Polis Daerah Machang, DSP Abdul Malek Bedot berkata kejadian itu berlaku di Kilometer 46.8 Jalan Kota Baharu-Kuala Krai, dekat Kampung Kemuning, Machang, kira-kira pukul 6 pagi.

Mangsa yang terkorban dikenali sebagai Ahmad Muzaffar Abdul Rahman, 23.

Abdul Malek berkata kejadian itu dipercayai berlaku apabila mangsa yang menaiki kenderaan jenis Perodua Myvi bersama kakak dan abang iparnya itu bergesel dengan sebuah kenderaan jenis yang sama dari arah bertentangan yang hilang kawalan selepas cubaan memotong sebuah lori.

"Tiga buah kenderaan lain iaitu sebuah Subaru, Proton Wira dan lori yang datang dari arah sama dengan kenderaan yang dinaiki mangsa telah berlanggar sesama sendiri untuk mengelak dari dirempuh Perodua Myvi yang hilang kawalan itu," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya, kejadian itu menyebabkan mangsa tercampak keluar dari kereta dipandu abang iparnya, Mohamad Firdaus Hajan, 23, lalu maut di tempat kejadian.

"Empat cedera ringan ialah kakak mangsa, Nurfathyah, 24; pemandu lori, Ravi A/l Gopal, 29; pemandu Myvi yang hilang kawalan, Zaki Ahmad, 23; dan seorang kenalan yang bersama Zaki," kata Abdul Malek.

Yang maut dan yang cedera dikejarkan ke Hospital Machang. Pemandu kenderaan Subaru dan Proton Wira tidak cedera. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan