Presiden Parti-parti Komponen BN Lontarkan Pandangan

Diterbitkan: Ahad, 5 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden-presiden parti komponen Barisan Nasional (BN) menyuarakan banyak pandangan serta melontarkan pelbagai cadangan semasa sesi perbahasan Konvensyen BN 2010 yang berlangsung Ahad.

Timbalan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Joseph Entulu Belaun berkata, BN perlu membangunkan mekanisme segera untuk pendidikan melalui peruntukan sumber kewangan, penyediaan infrastruktur, guru berkualiti, penempatan guru dan penyediaan dana pendidikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP), Datuk Seri William Mawam Ikom menyeru BN menitikberatkan kebajikan rakyat.

Jelasnya, ini boleh dilakukan dengan antara lain menyediakan perkhidmatan kesihatan yang mencukupi, kemudahan internet dan komputer di samping memberikan perhatian kepada golongan orang kurang upaya (OKU) serta warga emas.

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, peluang ekonomi dan pekerjaan seperti membabitkan pegawai perkhidmatan awam harus diperluaskan di seluruh negara terutama di Sabah dan Sarawak.

Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazan Dusun Bersatu (UPKO), Tan Sri Bernard Giluk Dompok memberitahu, kerajaan perlu terus memperkukuh sistem dan proses penyampaian perkhidmatan awam.

Katanya, tumpuan lain termasuk perkhidmatan awam harus menarik minat tenaga kerja yang terbaik dan berkepakaran dan menambah kakitangan daripada pelbagai kaum.

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Panglima Joseph Kurup berkata, negara memerlukan tenaga kerja yang terlatih, inovatif dan terlatih untuk menjayakan agenda nasional.

Beliau turut menekankan peri pentingnya kerajaan mengatasi masalah brain-drain terutama di kalangan pakar.

Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Vui Keong menekankan pengukuhan pentadbiran kerajaan kerana pentadbiran berkesan merupakan kunci untuk memenangi keyakinan rakyat.

Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP), Datuk M Kayveas pula menggesa faktor keselamatan awam dititikberatkan sekali gus menjamin keselamatan negara untuk semua.

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mencadangkan BN supaya melancarkan Gerakan 1Malaysia Keserdahanaan bagi menggerakkan rakyat negara ini mencetuskan semangat muhibbah.

Beliau juga menggesa kerajaan memerangi suara-suara ekstremeis yang tidak bertanggungjawab selain menyokong wanita mengembangkan potensi mereka dalam pembinaan negara.

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) memberitahu, konvensyen seumpama itu memberi ruang kepada komponen-komponen parti untuk memberikan pandangan demi memperkukuhkan parti.

Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, pengertian dan interpretasi agama yang salah akan menyebabkan perpecahan di kalangan rakyat.

Oleh itu, rakyat berbilang agama di negara ini harus memahami kepelbagaian agama untuk membentuk persefahaman. Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin mencadangkan BN perlu bergerak di semua peringkat termasuk negeri, bahagian dan cawangan.

Beliau berkata, konvensyen perlu diadakan di setiap negeri untuk kepentingan bersama khususnya mengelakkan percakaran di media. Selain itu, katanya, promosi jenama BN perlu dilaksanakan. Contohnya, pengenalan Biasiswa 1Malaysia BN.

Wakil wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memohon wanita diberi peluang serta pengiktirafan lebih luas untuk bersama-sama dengan kepimpinan semua parti dalam BN.

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu menyarankan kerajaan supaya setiap rakyat terus diberikan peluang pendidikan asas di bawah 1Malaysia.

Selain itu, katanya, pemimpin BN mesti berupaya menyelesaikan masalah rakyat di peringkat bawah.

Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek pula menyarankan supaya, semua polisi nasional yang penting tidak sewajarnya hanya diumumkan semasa perhimpunan agung Umno atau mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Ini kerana, jelas beliau, semua komponen parti BN sewajarnya mempunyai hak samarata dan keistimewaan tersebut.

Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan lima langkah transformasi bagi memperkukuhkan perjuangan parti BN.

Antaranya, struktur organisasi BN perlu dimantapkan di peringkat negeri, bahagian dan peti undi untuk memastikan supaya jentera BN dapat berfungsi dengan baik pada setiap masa dan mempergiatkan lagi program-program BN bersama parti-parti komponen. Lain-lain termasuk melaksanakan pelbagai program sentuhan hati rakyat yang berbentuk kebajikan, pendidikan, kesihatan, kesukanan, kebudayaan dan ekonomi; mewujudkan rangkaian strategik denga kumpulan-kumpulan yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat di samping berani menangani isu-isu sensitif berkaitan hubungan kaum dan agama.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan