PM: Konvensyen BN Capai Matlamat

Diterbitkan: Ahad, 5 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berpuas hati dengan perjalanan Konvensyen Barisan Nasional (BN) 2010 dan menyifatkannya telah mencapai matlamatnya, Ahad.

Perdana Menteri berkata, pada pengamatan beliau, konvensyen itu bukan sahaja berjaya meningkatkan semangat ahli komponen BN, bahkan memberi panduan dan hala tuju kepada mereka.

Menurutnya, konvensyen tersebut bertujuan untuk melakukan proses transformasi yang perlu diadakan sebagai usaha untuk memperkuatkan BN dan setiap komponen parti.

“Mereka jelas dan tahu apa yang harus dilakukan, sebagai menyahut saranan kita untuk melakukan transformasi politik, serta mengelak daripada terjebak sebagai sebuah parti politik yang telah lama berkuasa,” katanya pada sidang akhbar selepas konvensyen itu berakhir.

Najib dalam amanat dasarnya, mengingatkan semua komponen-komponen parti BN supaya bersedia menghadapi empat "penyakit" yang sering melanda parti yang sudah lama berkuasa.

Ini kerana, kata beliau, parti yang telah lama berkuasa mungkin terlupa untuk bermuhasabah diri atau melakukan introspeksi terhadap kelemahan diri.

Najib berkata, empat penyakit tersebut adalah khayalan, kelupaan, kejumudan dan keangkuhan yang akan menyebabkan rakyat berasa benci.

Mengenai kemungkinan Konvensyen BN2010 ini merupakan petanda Pilihan Raya Umum bakal diadakan tidak lama lagi, Najib berkata, pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa.

“Ia terpulang kepada kami,” katanya.

Menjawab soalan sama ada kuota pemberian kerusi telah ditentukan, Najib berkata, ia masih di peringkat awal dan perkara tersebut belum dibincangkan.

Bagaimanapun, beliau berkata, ia akan diputuskan atas semangat BN dan tidak akan dipengaruhi oleh tuntutan parti kerana rakyat didahulukan.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan