PM Ingatkan Ahli Komponen BN Sedai Hadapi 'Empat Penyakit'

Diterbitkan: Ahad, 5 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengingatkan semua komponen-komponen parti Barisan Nasional (BN) supaya bersedia menghadapi empat "penyakit" yang sering melanda parti yang sudah lama berkuasa.

Ini kerana, kata beliau, parti yang telah lama berkuasa mungkin terlupa untuk bermuhasabah diri atau melakukan introspeksi terhadap kelemahan diri.

Perdana Menteri berkata, empat penyakit tersebut adalah khayalan, kelupaan, kejumudan dan keangkuhan yang akan menyebabkan rakyat berasa benci.

"Pertama, penyakit delusion kerana berasa khayal atau terawang-awang bahawa sokongan yang diterima daripada rakyat akan berterusan.

"Keduanya, penyakit amnesia kerana sudah terlupa akan sebab musabab atau tujuan perjuangan asal," katanya.

Beliau berucap demikian dalam amanat dasar beliau selaku Pengerusi BN sempena Konvensyen BN 2010 di Dewan San Choon, Wisma MCA, di sini, Ahad.

Penyakit ketiga, Najib berkata, penyakit inertia yang terjadi apabila enggan membuat pembaharuan dan perubahan.

"Seterusnya pula, yang keempat, adalah penyakit arrogance yang mencerminkan sikap tidak boleh menerima teguran ramai," katanya.

Najib menegaskan, semua penyakit tersebut perlu dielak dan dikikis oleh semua ahli komponen sebelum rasa sayang berubah menjadi benci, harapan menjadi kemarahan, serta sokongan rakyat menjadi penentangan.

Sehubungan itu, beliau berkata, BN perlu berusaha mencari formula bagi memulihkan keadaan dan melaksanakan pelan tersebut secara konsisten bagi memastikan BN akan memperoleh kemenangan besar pada pilihan raya akan datang.

Sementara itu, Najib berkata, parti pembangkang yang cuba meniru pelan BN dari segi kerjasama yang dilakukan adalah suatu usaha yang sia-sia.

Katanya, ini adalah kerana parti pembangkang tidak mempunyai ramuan keikhlasan, wawasan dan nilai yang boleh dikongsi bersama rakyat.

Najib berkata, pihak pembangkang boleh mencipta Gagasan Rakyat, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat atau atas nama apa pun tetapi ia tidak akan berkekalan.

"Masing-masing bersikap talam dua muka ibarat simpulan bahasa, telunjuk sahaja lurus tapi kelingking berkait.

"DAP dan Pas misalnya, hanya boleh tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain. Mereka nampak seolah-olah bersatu semata-mata kerana ada orang ketiga," katanya.

Mengulas lanjut, Najib berkata, orang ketiga itu ialah Parti Keadilan Rakyat atau jika dulu, Parti Melayu Semangat 46.

"Sejarah jelas menunjukkan kerjasama seumpama itu tidak akan berpanjangan, kerana matlamat mereka hanyalah untuk menipu atau menyeleweng rakyat.

"Mereka juga mendabik dada kononnya, sebagai parti demokratik yang mewakili semua kaum. Realiti sebenarnya jauh berbeza," katanya.

Sambil merujuk kepada parti PKR, Najib berkata, hanya seorang pemimpin Cina menganggotai barisan tujuh orang kepimpinan tertinggi mereka.

Tambah beliau, manakala kaum India yang membentuk keahlian kedua terbesar dengan lebih satu perlima ahli, tidak mempunyai seorang pun perwakilan di peringkat tertinggi parti.

Memberikan contoh lain, Najib memberitahu, parti pembangkang turut meniru apabila Umno memperkenalkan corak pemilihan kepimpinan yang baru.

"Jelas apabila kita membuat perubahan atau pembaharuan politik yang bersifat dalaman, ia telah menggerunkan mereka.

"Pengajarannya di sini, kalau ada orang mahu meniru, sudah tentu apa yang kita lakukan ini ada kebenarannya," katanya.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan