Nisbah Wanita Hidap AIDS Meningkat Berbanding Lelaki

Diterbitkan: Ahad, 5 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHRU: Nisbah golongan wanita yang dijangkiti HIV/ Aids di seluruh negara semakin meningkat dengan secara kumulatif seramai 3,206 orang suri rumah telah dijangkiti virus berkenaan sehingga Sept lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata senario HIV/Aids di Malaysia mula berubah berbanding 10 tahun lalu yang mencatatkan sebanyak 75 peratus kes dikesan akibat berkongsi jarum manakala hanya 55 peratus dicatatkan pada tahun lalu.

"Trend peningkatan wanita yang dijangkiti HIV/Aids secara keseluruhan di Malaysia menurun tetapi berlaku peningkatan dari segi nisbah kerana jangkitan melalui hubungan seksual meningkat dari 18 peratus pada 10 tahun lalu kepada 32 peratus pada tahun lepas dan trend ini nampaknya sama pada tahun ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis sambutan Hari Aids Sedunia 2010 peringkat kebangsaan di sini hari ini.

Beliau berkata golongan wanita sememangnya lebih berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan HIV/Aids berbanding golongan lelaki.

"Wanita lebih tinggi dua kali ganda risiko dapat HIV/Aids dari lelaki sebab itu mesti ada program bila wanita mengandung kena datang ke klinik atau hospital untuk membuat ujian sewajarnya, wanita perlu tahu hak mereka untuk melindungi diri dan anak yang dikandung mereka," katanya.

Justeru, beliau meminta wanita yang disahkan dijangkiti HIV/Aids dan disahkan mengandung agar segera mendapatkan rawatan sewajarnya kerana sehingga kini rawatan yang diberikan terbukti mampu menyelamatkan anak yang dikandung dari turut dijangkiti.

"Bila seseorang wanita kena HIV/Aids kemungkinan besar akan dapat jangkitan pada anak. Tujuan rawatan awal adalah selain dapat rawat ibu, dapat pastikan anak dapat rawatan segera agar bayi itu bebas dari dijangkiti.

"Kita ada ubat dan teknologi dan sehingga kini di Malaysia, kebanyakan ibu menghidap HIV/Aids yang datang menerima rawatan sewajarnya, ia dapat menyelamatkan bayi mereka," katanya.

Dr Hasan berkata banyak kes bayi disahkan turut dijangkiti HIV/Aids berikutan golongan ibu berkenaan yang enggan dan malu dan menyembunyikan kepada hospital mengenai penyakit HIV yang dihidapi mereka.

Sementara itu, Majlis Aids Semalaysia (MAC) mendedahkan punca wanita Kelantan paling ramai dijangkiti penyakit HIV/Aids berbanding wanita dari negeri lain adalah kerana faktor suami mereka yang kerapkali ke negara Thailand untuk 'makan luar'.

Presiden MAC Datuk Mohd Zaman Khan berkata gaya hidup bebas golongan lelaki terutama yang telah berkahwin itu menjadi faktor utama isteri dan wanita secara tidak langsung terdedah kepada jangkitan virus berkenaan.

"Ramai wanita yang hidap HIV/Aids dapat (penyakit itu) dari suami mereka, sesetengah orang (lelaki) pergi pada pelacur dan ini terdedah (kepada jangkitan HIV/Aids).

"Misalnya orang Kelantan selalu pergi ke Sungai Golok, selepas melakukan 'lawatan' ke sana mereka kembali pada isteri mereka yang kemudian telah menyebabkan wanita atau isteri mereka menerima akibatnya apabila dijangkiti virus berkenaan," katanya.

Mohd Zaman bagaimanapun berkata apa yang lebih penting mereka yang menjalani gaya hidup bebas itu perlu berusaha menyelamatkan insan yang disayangi daripada turut dijangkiti dengan melakukan ujian saringan seperti yang ditetapkan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan