Najib Tarik Perhatian Perwakilan Dengan Penggunaan Pelbagai Bahasa

Diterbitkan: Ahad, 5 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menarik perhatian perwakilan Konvensyen Barisan Nasional (BN) apabila menggunakan pelbagai bahasa termasuk Melayu, Mandarin, Tamil, Bidayuh, Orang Ulu, Kadazan dan Dusun, Iban serta Murut semasa menyampaikan amanat dasarnya.

Beliau memulakan ucapan dasar itu dengan mengucapkan Salam 1Malaysia dalam bahasa Mandarin iaitu "Yi ge", "Oray Malaysia" (Tamil), "Ndi Malaysia" (Bidayuh), "Ji Malaysia' (Orang Ulu), "Ise' Malaysia (Kadazan dan Dusun), "Saumi Malaysia" (Murut) dan "Sato Malaysia" (Iban).

Setiap kali menggunakan sesuatu bahasa, beliau diberi tepukan gemuruh oleh kira-kira 2,340 anggota perwakilan daripada parti komponen BN, rakan-rakan B Ndan badan bukan kerajaan (NGO) yang menghadiri konvensyen ketiga bertemakan "1Rakyat, 1Negara, 1Wawasan" itu di Wisma MCA di sini.

Sambil meminta semua anggota perwakilan dalam BN supaya memikirkan kepentingan rakyat lebih daripada kepentingan diri sendiri, Najib memetik falsafah Cina yang amat sesuai dijadikan teladan.

"Xian tian xia zhi you er you, hou tian xia zhi le er le... saya difahamkan ia bermaksud selesaikanlah masalah rakyat sebelum kesusahan menimpa mereka.

Bahagiakanlah hidup rakyat sebelum semua dapat hidup bahagia," katanya.

Katanya ajaran itu amat sesuai dijadikan pegangan para pemimpin BN yang mendahulukan rakyat dan mempertamakan kepentingan rakyat.

Najib, yang juga Pengerusi BN, turut memetik falsafah Tamil iaitu "Yipadai thorkin, yeepadai vehlum" yang meminta masyarakat untuk berjuang dengan sepenuh jiwa bagi memastikan kemenangan.

"Ertinya, jika pasukan ini gagal memenangi perjuangan, tiada pasukan pun yang boleh melakukannya," katanya.

Beliau menegaskan bahawa BN tidak pernah melenyapkan mana-mana budaya dan pada masa yang sama tidak juga pernah menukar asal-usul sesiapa sampai sekarang.

"Misalnya, kalau nama Samy Vellu, tak payah tukar jadi Suhaimi atau Sazali. Kalau Chua Soi Lek, tak payah tukar jadi Salleh, So'ud atau Ayoub, kalau John Ambrose tu John Ambrose lah, tak payahlah jadi Johan Ambrose.

"Sehinggakan Orang Asli sekalipun bebas mengekalkan identiti mereka. Bahkan, kita harus berbangga bahawa satu-satunya negara di dunia, membenarkan kewujudan sekolah jenis kebangsaan yang mengekalkan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar," katanya.

Justeru, Najib berpendapat kejayaan yang dicapai pada pilihan raya kecil Hulu Selangor, Galas dan Batu Sapi merupakan kejayaan bersama semua pihak.

"Kata-kata tersohor orang Iban "Agi idup agi ngelaban'. Selagi hidup, selagi itu kita berjuang. Kata orang Bajau di Sabah pula 'Mangan niak mangan, asal kurung, kurung'.

"Maksudnya, makan atau tidak makan, asal kita masih hidup bersama-sama. Pastinya, mengambil semangat itu, sama ada dalam keadaan susah atau senang, suka atau duka, kita mesti tetap bersama demi BN," katanya.

Beliau juga mengingatkan seluruh rakyat Malaysia supaya tidak terpukau oleh helah pembangkang yang penuh tipu daya atau menumpang serta menaiki sampan rosak dan bocor dengan pakatan palsu mereka yang semakin hanyut dilanda badai.

"Seperti diingatkan dalam pantun Melayu: Kalau belayar perahunya senget, memang susah hendak kemudi, usah berharap guruh di langit, kilat memancar hujan tak jadi," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan