Malaysia Dipilih Ke Majlis Eksekutif OPCW

Diterbitkan: Ahad, 5 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia dipilih oleh negara anggota Konvensyen Senjata Kimia untuk menganggotai Majlis Eksekutif Pertubuhan Penghalang Senjata Kimia (OPCW) bagi penggal 2011-2013.

Kementerian Luar, dalam kenyataan di sini Ahad, berkata pemilihan Malaysia secara sebulat suara itu diputuskan pada 1 Dis lalu pada sesi ke-15 Persidangan Negara Anggota Konvensyen Senjata Kimia di The Hague, Belanda, dari 29 Nov hingga 3 Dis lalu.

Katanya pemilihan itu merupakan pengiktirafan masyarakat antarabangsa terhadap sumbangan dan peranan Malaysia dalam pelaksanaan pelucutan dan pencegahan pengeluaran senjata pemusnah besar-besaran. Malaysia memeterai Konvensyen Senjata Kimia pada 13 Jan 1993 dan disahkan pada 20 April 2000.

Sebelum ini, Malaysia menganggotai majlis itu untuk penggal 2004-2006 dan penggal 2007-2009.

Malaysia adalah antara enam negara anggota yang dipilih menduduki kerusi majlis itu bagi mewakili Kumpulan Asia untuk penggal 2011-2013.

"Majlis Eksekutif OPCW mempunyai 41 anggota. Ia merupakan organ eksekutif OPCW dan bertanggungjawab kepada Persidangan Negara Anggota," kata kementerian itu.

Katanya majlis berkenaan diberi mandat untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dan pematuhan terhadap Konvensyen Senjata Kimia.

"Ia juga dikehendaki menyelia kegiatan sekretariat, bekerjasama dengan pihak berkuasa setiap negara anggota dan menjadi pemudahcara rundingan serta kerjasama di kalangan negara anggota, atas permintaan mereka," kata kenyataan itu.

Majlis Eksekutif OPCW mengadakan mesyarat rasminya empat kali setahun di samping mengadakan mesyuarat tidak rasmi mengikut keperluan.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan