Lawatan Yang Amat Bermakna Untuk Tingkatkan Pelaburan Indonesia Di Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 5 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BOGOR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menganggap lawatan empat hari beliau ke Jakarta sejak Rabu lalu amat bermakna dalam usaha meningkatkan pelaburan Indonesia di Malaysia dan memperkukuhkan lagi kerjasama ekonomi dua hala.

Pertemuan beliau dengan sekumpulan tokoh usahawan besar dan terkaya Indonesia di Jakarta semalam telah menyediakan peluang baik kepada kedua-dua negara untuk memahami dengan lebih jauh bidang kerjasama ekonomi.

Turut serta dalam pertemuan itu ialah orang paling kaya di Indonesia pada masa ini iaitu pemilik syarikat rokok kretek Djarum, Robert Budi Hartono, serta Pengerusi Majlis Ekonomi Negara Chairul Tanjung yang juga pengerusi syarikat Kumpulan Para, selaku tuan rumah pertemuan.

"Bagi saya pertemuan ini ialah pembuka mata kerana sebelum ini ada tanggapan pengusaha besar Indonesia bahawa kononnya mereka tidak dikehendaki atau seolah-olahnya tidak dialu-alukan.

"Oleh sebab itu kita lihat aliran pelaburan dari Indonesia ini pergi ke tempat lain dan kurang sangat ke Malaysia.

"Atau ada masalah kita di Malaysia...mungkin sebahagian daripada kita mempunyai pandangan bahawa agak sukar membawa usahawan Indonesia ke Malaysia," katanya kepada wartawan Malaysia di sini Sabtu sebelum berlepas pulang ke tanah air.

Perbincangan di perjumpaan itu telah membangkitkan minat baru tokoh-tokoh usahawan Indonesia itu untuk meninjau peluang pelaburan di Malaysia.

Lawatan itu juga membolehkan Malaysia memahami dengan lebih mendalam pemikiran tokoh-tokoh korporat Indonesia yang diberikan kepercayaan oleh Kerajaan republik itu tentang apa yang harus dilakukan bagi mentransformasi ekonomi Indonesia.

Pertemuan Muhyiddin dengan Presiden Perbadanan Elektrik Negara Dahlan Iskan telah memperjelaskan kepada Malaysia mengenai tumpuan pembangunan oleh Indonesia terhadap wilayah Sumatera dan pelaksanaan projek penjanaan tenaga elektrik di kawasan itu yang boleh disertai syarikat-syarikat Malaysia.

Begitu juga dengan pelaksanaan projek-projek infrastruktur awam di Indonesia seperti lapangan terbang, pelabuhan dan lebuh raya.

Muhyiddin berkata beliau berhasrat mengembangkan lagi format perbincangannya dengan tokoh-tokoh usahawan Indonesia dan Malaysia kerana ada usahawan Malaysia yang berminat melabur dalam pelbagai bidang perusahaan termasuk industri media.

Cara ini boleh membantu mewujudkan persefahaman di kalangan usahawan di kedua-dua negara, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan