Konvensyen BN 2010 Bukti Perpaduan Antara Kaum

Diterbitkan: Ahad, 5 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyifatkan konvensyen Barisan Nasional 2010 adalah sebagai bukti bahawa anggota BN serta rakyat Malaysia dapat bersatu padu dengan satu tujuan bagi kepentingan negara.

Najib berkata, semua ahli komponen BN yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya dapat berkumpul beramai-ramai tanpa rasa takut dan bimbang terhadap keselamatan diri masing-masing.

"Ini sekaligus menjadikan telahan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melihat kemusnahan Malaysia disebabkan faktor kepelbagaian kita, terbukti salah sama sekali," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika memberi ucapan amanat dasar selaku Pengerusi BN di Dewan San Choon, Wisma MCA di sini, Ahad.

Najib dalam pada itu berkata, semua ahli kompenan perlu teguh di bawah payung 1Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan taraf sosioekonomi.

Menurutnya, kejayaan terbesar BN adalah menukarkan kepelbagaian yang wujud atau "a potential achilless heel" kepada kelebihan persaingan atau "competitive advantage".

"Kita tidak pernah berhasrat untuk melenyapkan mana-mana budaya, tidak juga pernah cuba menukar asal usul sesiapa. Jelas sehingga kini masing-masing masih bebas mengekalkan jati diri.

"Bahkan, kita harus berbangga bahawa kita satu-satunya negara di dunia, membenarkan kewujudan sekolah jenis kebangsaan yang mengekalkan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar," katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri menegaskan, usaha pihak pembangkang yang cuba menggambarkan BN sebagai suram ekoran keputusan Pilihanraya Umum 2008, kini tidak lagi relevan kerana anggpan itu semakin lenyap.

Katanya, ini terbukti melalui kejayaan BN merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang telah meraih kemenangan besar baru-baru ini.

"Kejayaan mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi dengan majoriti hampir sekali ganda menunjukkan sokongan rakyat kepada BN telah berputik dan kembali mekar," katanya.

Najib turut menyifatkan kejayaan semasa pilihanraya kecil tersebut adalah kejayaan semua pihak.

"Pepatah orang Iban ada menyebut, "Agi idup agi ngelaban" (Selagi hidup, selagi itu kita berjuang), kata orang Bajau di Sabah pula "Mangan niak mangan, asal kurung, kurung" (makan atau tidak makan, asal kita masih hidup bersama-sama)," katanya.

Mengambil semangat itu, Najib mengingatkan semua ahli komponen BN supaya tetap bersama demi parti itu.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan