Kewibawaan Pembangkang Jelas Tercalar, Bertindak Atas Kepentingan Diri Sendiri - Najib

Diterbitkan: Ahad, 5 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menyifatkan kurangnya ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang keluar mengundi barisan pemimpin tertinggi mereka baru-baru ini jelas menunjukkan kewibawaan parti itu telah tercalar dan membawa dua konotasi.

Najib menjelaskan, kepimpinan parti itu sebenarnya hanya mewakili kepentingan tertentu yang mengejar kuasa serta terikat untuk menyelesaikan masalah peribadi sehingga sanggup memperdayakan rakyat.

"Pertama, parti ini adalah parti yang tidak mendapat sokongan massa dan keduanya, integriti dan kewibawaan parti tersebut jelas telah mewujudkan rasa sangsi dikalangan ahli-ahli mereka.

"Saya mahu jelaskan di sini bahawa mereka ini anti nasional. Kita mesti menentang habis-habisan dan pastikan negara ini tidak akan diporak-perandakan oleh mereka," katanya.

Beliau berucap demikian dalam amanat dasar sempena Konvensyen BN2010 di Dewan San Choon, Wisma MCA di sini, Ahad.

Dalam pada itu, mengulas konotasi kedua, Najib menjelaskan, ahli PKR yang sangsi terhadap integriti dan kewibawaan parti itu dengan telah meluahkan isi hati menerusi tindakan drastik terhadap kepimpinan parti itu.

"Ramai pimpinan utama mereka telah keluar parti. Antara lain ialah Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung, Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda, Ketua Penerangan, Pengerusi Negeri, Ketua Cabang termasuk Cabang Permatang Pauh, Bekas Timbalan Ketua Menteri, lima orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan lima Ahli Parlimen," kata Najib yang turut melabelkan PKR sebagai Parti Keluar Ramai-Ramai.

Sementara itu, Najib turut menyelar Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah yang menggelarkan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai anugerah Tuhan.

"Ya, kita faham kesetiaan dan kekaguman seorang isteri terhadap 'kehebatan' suaminya itu.

"Namun, rakyat Malaysia ingin bertanya, berdasarkan nas atau hadith mana pendapat itu boleh dibuat? Berbekalkan justifikasi hukum mana sehingga penyataan begini sanggup dikeluarkan?" katanya.

Susulan itu, Najib mempersoalkan sama ada kata-kata Wan Azizah itu suatu ijtihad baru atau lebih tepat lagi satu lagi ajaran songsang.

"Mustahak untuk diingatkan, bukanlah rakyat yang bertanggungjawab untuk menyelesai dan menanggung beban pemimpin.

"Sebaliknya, pemimpinlah yang wajib hadir dalam kehidupan rakyat bagi menyelesaikan masalah mereka," ujarnya.

Tegas Najib, itulah perbezaan paling ketara antara parti lawan dan BN yang merasai denyut nadi serta menjuarai keluh-kesah rakyat.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan