48 Ditahan Sertai Perhimpunan Haram Di Masjid Negara

Diterbitkan: Ahad, 5 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 48 orang ditahan setelah enggan mematuhi arahan bersurai semasa menyertai perhimpunan haram di Masjid Negara di sini bagi menyokong penyerahan Memorandum Isu Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Selangor kepada Yang di-Pertuan Agong oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata mereka ditahan mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967 kerana berhimpun tanpa permit dan dibebaskan dengan jaminan polis kemudian.

Menurutnya selepas hampir sejam berhimpun sejak kira-kira 12 tengah hari, anggota-anggota PAS, Parti Keadilan Rakyat, DAP dan mahasiswa enggan bersurai dan mula melakukan perbuatan yang boleh mendatangkan ketidaktenteraman awam.

Ini menyebabkan polis bertindak termasuk melepaskan air dan gas pemedih mata.

"Antara yang mereka buat ialah membaling batu kepada pihak polis, mereka juga enggan bersurai dan akhirnya kita terpaksalah melepaskan gas pemedih mata dan air dari water canon untuk menyuraikan mereka," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur di sini petang Ahad.

Zulkifli berkata beliau kesal kerana kumpulan itu tidak mematuhi arahan polis sebelum itu supaya tidak berhimpun dan berarak kerana mereka tidak diberikan permit untuk berbuat demikian.

Mengenai satu lagi perhimpunan di Stadium Merdeka di sini, beliau berkata ia disertai kira-kira 150 anggota Gagasan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS) dan mereka bersurai selepas diarahkan polis. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan