Vendor Akhbar Mahu Kelulusan Ambil Pekerja Asing

Diterbitkan: Sabtu, 4 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Vendor akhbar di negara ini mahu kerajaan membenarkan mereka mengupah pekerja asing kerana pekerja tempatan tidak berminat menceburi bidang kerjaya itu, kata Persatuan Vendor Suratkhabar India Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Presidennya V. Arumugam berkata buat permulaan, mereka mahu mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk mengambil 1,000 warga asing untuk berkerja dalam industri itu.

"Rakyat tempatan tidak berminat untuk bangun pada pukul 3 atau 4 pagi...ini kerja menjemukan dengan banyak risiko," katanya pada majlis jamuan malam tahunan persatuan itu di sini, Sabtu.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah, Ketua Pengarang Bernama Datuk Yong Soo Heong dan Pengarah Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Zainol Arifin Mohammed Isa.

Arumugam berkata kerajaan harus menimbang permohonan mereka kerana vendor memainkan peranan penting menyebarkan berita kerajaan kepada rakyat menerusi suratkhabar.

Katanya tanpa pekerja asing, vendor mungkin menggulung tikar dan ini boleh membawa kesan buruk kepada industri akhbar di negara ini.

Arumugam berkata mereka akan berjumpa dengan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam untuk mendapatkan sokongan bagi mengambil pekerja asing.

Sementara itu, Murugiah berkata beliau akan menyokong cadangan itu, sambil menjelaskan bahawa beliau akan membawa permintaan itu kepada perhatian Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Vendor adalah tulang belakang industri suratkhabar. Saya akui bukan ramai warga tempatan mahu bekerja sebagai vendor...ia memang sukar," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan