Taktik Stesen Minyak Seleweng Diesel Dibongkar Di Miri

Diterbitkan: Sabtu, 4 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berjaya membongkar kegiatan sebuah stesen minyak di Miri yang dipercayai cuba menyeleweng diesel subsidi di dalam satu serbuan pada pagi Sabtu.

Pengarah KPDNKK cawangan Sarawak, Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, di dalam serbuan tersebut sebanyak 11,000 liter diesel subsidi bernilai RM13,750 telah berjaya disita oleh pihak penguatkuasa setelah intipan dilakukan selama lebih satu bulan.

"Seorang lelaki rakyat tempatan berumur 32 tahun dipercayai dari pihak pengurusan stesen minyak berkenaan telah diambil keterangan, kita tak tahan dia lagi sebab siasatan sedang berjalan namun kesemua diesel subsidi tersebut telah disita oleh KPDNKK," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Wan Ahmad berkata, siasatan awal mendapati diesel subsidi telah dipam pada sebelah malam dan saluran pam tersebut disembunyikan dalam parit untuk mengelakkan ia dikesan manakala diesel tersebut disimpan di dalam stor yang terletak bersebelahan dengan stesen minyak berkenaan.

"Kita percaya diesel subsidi ini dijual di ladang berhampiran dan ini jelas satu kesalahan kerana yang layak mendapat diesel subsidi ialah sektor pengangkutan awam dan nelayan," katanya.

Sambil menyifatkan penyelewengan diesel subsidi di Sarawak semakin serius, beliau berkata, salah satu strategi yang telah diguna pakai di negeri ini ialah meningkatkan usaha risikan dan penguatkuasaan yang membawa kepada beberapa kejayaan.

"Kita perlu maklumat orang awam dalam membantu membanteras kegiatan penyelewengan ini kerana tindakan tidak bertanggungjawab mereka telah menafikan hak golongan lain yang layak menerima diesel subsidi tersebut," katanya.

Semalam Wan Uzir dipetik sebagai berkata dalam tempoh 11 bulan tahun ini sebanyak 11 kes penyeludupan diesel subsidi yang melibatkan 259,240 liter dan bernilai RM845,605 telah dirampas.

Selain operasi pada pagi ini, semalam KPDNKK dilaporkan berjaya menumpaskan satu cubaan penyeludupan diesel subsidi dalam 'Ops Nano' bersama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan merampas 8,000 liter diesel subsidi yang bernilai RM10,000 di sebuah jeti di Muara Tebas, dekat sini.

Tujuh suspek rakyat tempatan berumur 25 hingga 30 tahun termasuk tiga dari Persatuan Nelayan Kawasan Sri Muara telah ditahan dalam operasi berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan