Malaysia Tambah Anggota Tentera Bertugas Di Lubnan

Diterbitkan: Sabtu, 4 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAGAN DATOH: Kerajaan telah mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menambah anggota Kumpulan Pendahuluan Pasukan Batalion Malaysia 2 (Malbatt 2) di Lubnan yang menjalankan misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unifil).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata 100 anggota akan dihantar sebagai tambahan kepada 510 anggota sedia ada. Penghantaran anggota tambahan akan dibuat mulai bulan depan hingga Oktober melalui proses pertukaran tugas setiap enam bulan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Berkhatan Perdana Parlimen Bagan Datoh di sini hari ini.

"Pasukan ini terdiri daripada anggota Kor Kejuruteraan untuk membaik pulih dan membantu membina infrastruktur di negara berkenaan," katanya.

Beliau berkata, selain pertambahan anggota, ATM juga akan menggantikan kereta perisai Condor kepada kereta perisai jenis 6 x 6 yang lebih sesuai dengan muka bumi Lubnan.

Katanya, Unifil memberi kepercayaan kepada ATM kerana berpuas hati dengan prestasi yang dicapai oleh pegawai dan anggota tentera negara yang telah memperlihatkan kerjasama dengan semua pasukan negara lain yang menyertai misi itu dan masyarakat setempat.

Beliau berkata, sebenarnya Unifil meminta Malaysia meningkatkan lagi tahap penyertaannya tetapi kemampuan ATM terhad disebabkan kekangan kewangan.

"Kita membuat keputusan jumlah penghantaran terpaksa dihadkan," katanya.

Beliau berkata, penyertaan negara selaras dengan komitmen yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya ATM bertugas di luar negara bagi menambah pengalaman selain memberi sumbangan kepada negara-negara yang mengalami pergolakan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan