Lotus Bina Model Baharu Mulai 2013

Diterbitkan: Sabtu, 4 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lotus Cars Ltd akan memperkenal lima model ke Malaysia, bermula musim bunga 2013, dalam usaha mengukuhkan imej jenama dalam negara serta di Asia Tenggara.

Pengurus Wilayah Asia Tenggara/Selatan, Christian Pauketat, berkata model pertama yang akan dilancarkan di seluruh dunia ialah Lotus Esprit, yang mula dikeluarkan pada akhir 2012, dan memasuki pasaran pada musim bunga 2013.

"Kami akan membawa masuk model itu ke Malaysia dalam tempoh dua hingga tiga bulan selepas pelancaran di seluruh dunia. "Model lain akan dilancarkan antara 2014 dan 2015," katanya kepada pemberota pada Pameran Permotoran Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 di sini, Sabtu.

Lotus Esprit yang dikuasakan oleh enjin caj tekanan V8 5.0 liter yang menawarkan sehingga 620 PS, mengekalkan prestasi luar biasa menerusi reka bentuk ringan yang unik, menjadikannya ekspresi hebat pemilikan kereta super Lotus.

Ia adalah kereta super yang memperhalusi pemanduan dan pengendalian, prestasi, keselesaan dan eksklusif.

Model lain yang akan dilancarkan termasuk Lotus Elan, Lotus Elite, Lotus Elise baharu dan Lotus Eterne.

"Kami mahu meningkatkan imej jenama di sini dan rantau ini. Kami pernah berdepan dengan Ferrari," kata Pauketat yang pernah bekerja dengan Porsche.

Pada masa ini empat medel tersedia dalam pasaran tempatan ialah Lotus Evora, Lotus Exige, Lotus Europa dan Lotus Elise.

Syarikat itu menjangkakan Lotus Esprit, dianggarkan berharga £110,000 (£1=RM4.918), mencecah sasaran jualan 1,000 unitdalam tempoh tahun pertama pelancarannya.

Pada masa ini, pengeluaran kereta Lotus di seluruh dunia melibatkan 2,500 unit, yang menyamai jumlah jualan. Pengeluaran dijangka mencecah 8,000 unit manakala kesemua lima model lain akan dilancarkan pada 2015.

Sementara itu, ketua Lotus Cars Malaysia Oh Kah Beng berkata terdapat potensi besar yang boleh diteroka dalam pasaran kereta sport di Malaysia.

Pada masa ini, jualan di Malaysia berjumlah 20 hingga 40 kereta setahun dan Lotus berharap meningkatkannya kepada 100 unit apabila semua model dilancarkan di Malaysia menjelang 2015.

Dalam perkembangan lain, Pauketat berkata syarikat akan menawarkan Evora S dengan kotak gear automatik mulai Mei depan. Pada masa ini, hanya model manual sahaja ditawarkan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan