Lim Si Pin Tetap Dengan Keputusan Tidak Bertanding

Diterbitkan: Sabtu, 4 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Gerakan Lim Si Pin hari ini mengulangi pendiriannya untuk tidak bertanding mana-mana jawatan termasuk mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti itu tahun depan.

Lim, anak lelaki tunggal bekas presiden Tun Dr Lim Keng Yaik, berkata beliau tetap berpegang kepada keputusannya pada Oktober lepas untuk tidak bertanding pada pemilihan itu.

"Oleh itu, saya akan terkeluar dari barisan kepimpinan parti apabila penggal saya berakhir," katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.

Beliau mengulas percakapan dalam lingkungan parti bahawa pengumuman beliau sebelum ini hanya semata-mata satu percaturan politik yang dirancang oleh ayahnya.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa keputusannya adalah bagi mengelak tanggapan di kalangan anggota parti bahawa beliau dan ayahnya cuba membentuk 'Dinasti Lim' dalam parti itu.

"Ia bukan kehilangan besar bagi diri saya. Hakikatnya, sekiranya saya masih ada, ramai orang akan berasa tertekan. Saya tidak menganggap kedudukan dalam parti sebagai peluang untuk melangkah ke hadapan.

"Ada sebilangan yang berpendapat bahawa memegang jawatan adalah begitu penting kepada mereka kerana melihatnya sebagai langkah susulan untuk menjadi menteri atau timbalan menteri," katanya.

Lim berkata keputusannya itu dibuat kerana mahu golongan yang lebih muda dilatih untuk menjadi pemimpin kerana barisan pemimpin yang sedia ada sudah menjangkau usia 40 tahun.

"Sekiranya kita tidak beri laluan, bagaimanakah untuk ahli muda dalam lingkungan usia 20 dan 30 tahun untuk menjadi pemimpin. Jangan memegang jawatan terlalu lama," katanya.

Ditanya sama ada kenyataannya untuk tidak berganjak dengan keputusan awal itu akan meredakan spekulasi mengenai langkah beliau seterusnya, Lim berkata beliau tidak boleh menghalang orang daripada terus membuat spekulasi.

"Hanya masa akan menentukan. Masa akan membuktikan semua ini dan biar mereka kata apa yang hendak diperkatakan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan