Lagu 'Senyuman Kemegahan' Johan Pertandingan Cipta Lagu Patriotik 2010

Diterbitkan: Sabtu, 4 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lagu "Senyuman Kemegahan" ciptaan Sharon Anne Paul dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya yang dinyanyikan oleh Dewi Liana Seriestha dinobatkan sebagai pemenang Pertandingan Cipta Lagu Patriotik 2010 malam Sabtu.

Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, piala dan sijil pada pertandingan akhir yang diadakan di Kompleks Kraf, di sini.

Tempat kedua dimenangi oleh komposer Rohaizad Hamzah dan penulis lirik Asrul Iman yang mencipta lagu "Malaysia Bersatu", dinyanyikan oleh Mohd Aidillah Esa dan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000, piala dan sijil.

Lagu "Jasa Pejuang" karya sepenuhnya oleh Fauziah Suhaili yang dinyanyikan oleh beliau sendiri pula mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM6,000 bersama piala dan sijil.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf dan Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Datuk Norliza Rofli.

Hadiah saguhati sebanyak RM1,000, piala dan sijil pula diberikan kepada lima komposer yang menduduki tempat keempat hingga kelapan.

Dalam pada itu, Fauziah turut diumumkan sebagai pemenang persembahan terbaik dengan hadiah wang tunai RM1,000, piala dan sijil.

Pertandingan itu dianjurkan JKKN dengan kerjasama Jabatan Penyiaran Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Majlis Muzik Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

Pertandingan itu turut diserikan dengan persembahan lagu berunsur patriotik yang dinyanyikan oleh artis terkenal tanah air seperti M.Nasir (Phoenix Bangkit), Fiq (Manifestasi Cinta), Ana Raffali (Hujan Bunga di Kuala Lumpur), Altimet dan penampilan khas pasukan kawad senyap Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan iringan DJ Fuzz dan Pasukan Brassband Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria.

Pertandingan itu yang berlangsung sejak 15 Oktober dengan disertai 52 komposer yang menampilkan 153 buah lagu merupakan satu lagi langkah kerajaan untuk menyediakan ruang kepada karyawan muzik bagi menghasilkan lagu-lagu baru dalam irama patriotik. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan