Konvensyen BN Tumpu Persiapan PRU13 dan Piagam Baru

Diterbitkan: Sabtu, 4 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ESOK Barisan Nasional (BN) akan mengadakan konvesyen mereka di Wisma MCA, Kuala Lumpur.

Konvensyen itu dilihat sebagai medan terbaik bagi setiap parti komponen BN menyusun strategi serta mempersiapkan jentera parti menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang dijangka akan diadakan pada tahun hadapan.

Hal ini diperkuatkan lagi dengan penangguhan pemilihan Umno selama 18 bulan sepertimana yang diumumkan oleh, Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno Selasa lepas.

Najib berkata, penangguhan tersebut dibuat untuk memberi ruang kepada aspek pengukuhan dan pemantapan parti.

Walaupun Perdana Menteri menafikan dakwaan penangguhan tersebut ada kena-mengena dengan pilihan raya, namun penganalisis politik, Prof Madya Dr Ahmad Nidzammuddin Sulaiman melihatnya sebagai indikator jelas pilihan raya umum bakal diadakan pada tahun hadapan.

"Ini satu petunjuk yang jelas, namun ia mungkin diadakan paling awal pada bulan Jun atau Julai tahun hadapan.

"Agak mustahil pilihan raya akan diadakan seawal bulan Mac kerana BN memerlukan persiapan rapi serta terperinici dalam pelbagai aspek terutamanya kekuatan jentera parti dan aspek logistik," katanya kepada mStar Online.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, BN juga akan menumpukan perhatian kepada usaha untuk menawan semula negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang.

"Sudah pasti isu golongan muda tidak akan diketepikan kerana mereka adalah penentu pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Selain itu, Ahmad Nidzammuddin berkata, konvensyen BN kali ini juga sudah pasti terarah kepada peralihan kuasa yang bakal berlaku dalam MIC dan pilihan raya negeri, Sarawak.

"Dua perkara ini pasti menjadi tumpuan parti komponen. Hal ini kerana Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu akan mengumumkan peralihan kuasa dalam partinya tidak lama lagi.

"Samy sendiri telah umumkan untuk menyerahkan tampuk pemerintahan MIC kepada Timbalannya, Datuk G. Palanivel. Selain itu, pilihan raya negeri Sarawak juga sudah pasti menjadi antara intipati utama untuk dibincangkan pada konvensyen BN nanti," katanya.

Bukan itu sahaja, konvensyen kali ini juga amat menarik kerana BN dijangka akan mengumumkan piagam yang mengandungi 10 perkara.

Piagam tersebut dijangka akan diumumkan oleh Najib yang juga Pengerusi BN pada Ahad ini iaitu diakhir Konvensyen BN.

Isu lain yang dijangka akan dibangkitkan ialah mengenai cadangan untuk menerima sesiapa yang ingin menyertai BN sebagai ahli terus atau ahli bersekutu menjadi 'Rakan BN'.

Konvensyen selama dua hari itu akan berlangsung secara tertutup dengan wakil daripada setiap parti komponen parti akan diberi peluang untuk berucap.

Antaranya ialah, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berucap mewakili Umno; Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek; Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu dan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Datuk Seri Joseph Kurup mewakili Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBS) manakala Tan Sri Abdul Taib Mahmud mewakili parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Pada konvensyen tersebut, Najib dijadual menyampaikan ucapan penggulungan dan seterusnya menerima piagam BN daripada pemimpin parti komponen pada penghujung majlis.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan