K'jaan Persekutuan Terus Menyumbang Kepada Pulau Pinang: Nor Yakcop

Diterbitkan: Sabtu, 4 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan Persekutuan masih banyak menyumbang kepada Pulau Pinang walaupun ia mengalami kesukaran kewangan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Beliau berkata, sehubungan itu Kerajaan Persekutuan akan meneruskan usaha membina projek Jambatan Pulau Pinang Kedua yang bernilai bilion ringgit dan pelebaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang bernilai kira-kira RM250 juta.

"Selain itu, kita juga sedang mengusahakan projek Penang Sentral di Butterworth dan tiga tahun lalu melancarkan perkhidmatan bas Rapid Pulau Pinang untuk kemudahan rakyat.

"Kita mahu menjadikan Pulau Pinang sebuah bandar raya yang boleh didiamai supaya ia boleh menarik pelabur bagi menjana pertumbuhan ekonominya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku bertajuk "Cities, People And The Economy: A study on Positioning Penang" di sini hari ini.

Nor Yakcop berkata, negara menyasar pertumbuhan minimum ekonomi sebanyak enam peratus menjelang 2020 dan untuk mencapai sasaran itu ia turut bergantung kepada Pulau Pinang yang turut menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar.

"Sekiranya Pulau Pinang boleh mencapai pertumbuhan enam, tujuh atau lapan peratus, ia boleh turut membantu negara secara keseluruhan," katanya.

Mengenai pengurangan subsidi kepada petrol RON 95, diesel dan gas cecair asli serta gula yang berkuat kuasa hari ini, beliau berkata ia tidak bertujuan untuk menyusahkan hidup rakyat.

"Kerajaan adalah berorientasikan rakyat tetapi pada masa yang sama kerajaan perlu memastikan pengukuhan defisit bajet berlaku. Jadi saya yakin sedikit kenaikan harga tidak menjejaskan perbelanjaan harian rakyat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan