Dua Maut Dalam Kemalangan Di Cherating

Diterbitkan: Sabtu, 4 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Dua sepupu maut manakala seorang yang lain cedera parah selepas kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda dinaiki satu keluarga di Kilometer 37, Jalan Kuantan-Kemaman, dekat Cherating, dekat sini pagi Sabtu.

Azlan Ahmad, 33, dari Taman Kemajuan Likas, Kota Kinabalu, Sabah dan Bernard Arasad, 34, yang berasal dari Kampung Peringatan Petagas, Penampang, Sabah meninggal dunia di tempat kejadian manakala Datu Kumpasan Ali, 30-an, yang merupakan pemandu kereta Kancil terbabit mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.

Sementara itu pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Ford tersebut, Ahmad Amri Mahmad Razali, 33, dan lima ahli keluarganya yang lain hanya mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan yang berlaku pada pukul 8 pagi tadi itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Zulkifli Taha berkata ketika kejadian, kereta Perodua Kancil yang dalam perjalanan dari Kuantan ke sebuah asrama kilang di Kemaman, Terengganu itu dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan lain di hadapannya.

"Bagaimanapun kereta berkenaan gagal untuk memotong dan bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata akibat pertembungan itu kereta Perodua Kancil berkenaan remuk teruk dan dua penumpang kereta itu mati di tempat kejadian.

Sementara itu, Ahmad Amri yang merupakan pemandu kenderaan pacuan empat roda tersebut berkata berkata ketika kejadian, dia bersama isteri, Rohaida Awang, 33, dan empat anak mereka dalam perjalanan dari Kemaman untuk pulang ke kampung mereka di Pekan.

Katanya dia menyaksikan kereta Perodua Kancil berkenaan yang datang dari arah hadapan yang secara tiba-tiba memasuki laluannya menyebabkan dia tidak sempat mengelak kenderaannya itu kerana jarak sudah terlalu dekat.

"Akibat perlanggaran itu, kenderaan saya berpusing sebelum terbabas ke tepi jalan namun saya bersyukur kerana isteri dan empat anak yang berusia dalam lingkungan satu hingga enam tahun hanya cedera ringan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan