Datuk TRA Zender Terima Anugerah Datuk Patinggi Laila Taib

Diterbitkan: Sabtu, 4 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Datuk Seri Tra Zender Jemat, 84, pada Sabtu dikurniakan Anugerah Datuk Patinggi Laila Taib, satu anugerah yang diberi oleh kerajaan negeri Sarawak kepada wanita yang telah memberi sumbangan dalam pelbagai bidang di peringkat negeri atau antarabangsa.

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyampaikan anugerah tersebut kepada Tra sempena sambutan Hari Wanita peringkat negeri Sarawak di sini, Sabtu.

Anugerah tersebut yang sebelum ini dikenali sebagai Anugerah Tokoh Wanita, diberikan kepada Tra kerana pencapaiannya menjadi tokoh perintis atau pertama dalam pelbagai bidang termasuk bidang sosial, politik dan pentadbiran kerajaan di Sarawak.

Tra adalah pengasas Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) pada Mei 1957, sebuah perkumpulan wanita Dayak negeri yang masih aktif dan berpengaruh sehingga kini. Dalam bidang politik, Tra adalah wanita pertama dilantik menganggotai Dewan Undangan Negeri (DUN) pada era kolonial iaitu dari 1960 hingga 1963.

Beliau adalah juga wanita pertama dilantik sebagai Iban Temenggong, satu jawatan ketua kaum tempatan negeri, bagi Bahagian Kuching mulai Julai 1988 hingga Februari 1996 dan wanita pertama menjadi Ketua Majlis Adat Istiadat Sarawak pada Mac 1996.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sarawak Datin Fatimah Abdullah berkata, satu kajian menyeluruh mengenai pencapaian dan cabaran wanita Sarawak akan dilaksanakan dan dibukukan tidak lama lagi selepas kejayaan penerbitan buku "Wanita Sarawak: Menyusuri Denai Pasca Kemerdekaan" yang turut menjadi tema sambutan tahun ini.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan