Tony Fernandes Dipilih Majalah Forbes Sebagai Usahawan 2010 - Berita Semasa | mStar

Tony Fernandes Dipilih Majalah Forbes Sebagai Usahawan 2010

Diterbitkan: Jumaat, 3 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Majalah bisnes terkemuka dunia, FORBES telah menamakan pengasas Air Asia, Tony Fernandes sebagai "Ahli Perniagaan 2010" dalam keluaran isu terbaru edisi Asianya bulan ini yang mula berada di pasaran Jumaat.

Ahli perniagaan Malaysia yang berusia 46 tahun itu yang juga merupakan pengasas Tune Air Sdn. Bhd., memperkenalkan penerbangan tambang murah yang pertama di Malaysia dengan cogan kata "Sekarang semua orang boleh terbang".

AirAsia kini menjadi penerbangan tambang murah terbesar rantau ini dengan kakitangan berjumlah 8,000 orang, 100 buah pesawat dan 140 laluan/destinasi penerbangan termasuk 40 destinasi baru yang belum pernah diterokai oleh mana-mana syarikat penerbangan sebelum ini.

Syarikat induknya, AirAsia Bhd., telah menyaksikan pendapatan peringkat kumpulannya mencecah RM1.77 bilion tahun ini.

Fernandes menyifatkan visinya adalah untuk menawarkan perkhidmatan kepada mereka yang tidak pernah diberi khidmat.

“Hakikatnya terdapat 65 juta masyarakat Asia yang tidak pernah diberi peluang untuk menaiki pesawat...saya sentiasa melihat masyarakat kebanyakkan sebagai satu peluang atau potensi," ujarnya - Bernama

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan