Pilihan Raya Tidak Mustahil Diadakan Dalam Tempoh Terdekat

Diterbitkan: Jumaat, 3 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) agak mustahil untuk diadakan dalam tempoh terdekat seperti yang didakwa oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Pesnyarah Kanan Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Sivamurugan Pandian, tempoh yang terlalu terdekat tidak memungkinkan pilihan raya diadakan kerana ia merupakan perkara yang besar serta memerlukan persiapan rapi.

“Saya tidak fikir pilihan raya akan diadakan dalam tempoh terdekat kerana masih banyak perkara yang tidak selesai.

“Sebagai contoh Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak masih belum mengumumkan rombakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno di beberapa buah negeri,” katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.

Beliau berkata, kekuatan serta pengukuhan Barisan Nasional sudah pasti menjadi penentu bila pilihan raya akan diadakan.

“Jika dilihat pada kebiasaannya sebelum pilihan raya diadakan Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yaasin sudah pasti akan menjelajah ke seluruh negara untuk melihat sendiri maklum balas daripada rakyat mengenai BN dan kerajaan,” katanya.

Bukan itu sahaja, Sivamurugan berkata, peralihan kuasa dalam MIC yang akan berlaku juga memerlukan sedikit masa untuk memberi kestabilan parti salah satu parti komponen BN itu.

“Sekiranya ada rombakan Kabinet sudah pasti menteri yang bertukar port folio memerlukan tempoh penyesuaian diri dengan kementerian masing-masing bagi memenuhi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri sebelum ini,” katanya.

Penganalisis piolitik itu berkata, Najib juga memerlukan sedikit masa untuk memastikan setiap agenda atau gagasan kepimpinan beliau seperti gagasan 1Malaysia dan pelan transformasi berjaya di fahami oleh rakyat.

Sementara itu, Pesnyarah Kanan Jabatan Sejarah , Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Ahmad Nizamuddin Sulaiman berkata, pilihan raya biasanya memerlukan tempoh yang lama bagi melakukan persediaan daripada pelbagai aspek terutamanya logistik.

"Jika Mac 2012, saya yakin pilihan raya umum akan diadakan tapi Mac 2011 adalah suatu tempoh yang terlalu singkat.

"Pelaksanaan strategi yang kukuh tidak dapat dirangka dalam tempoh yang pendek. Ia memerlukan tiga atau empat tahun," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan