Persatuan Saran Gaji Semua Pemandu Bas Diselaras RM1,200 Sebulan

Diterbitkan: Jumaat, 3 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Persatuan Pemandu Bas Semenanjung Malaysia (PPBSM) hari ini meminta kerajaan agar menimbang untuk menetapkan gaji minimum semua pemandu bas pada RM1,200 sebulan.

Setiausahanya Sa'adan Man berkata, ini kerana kadar gaji sedia ada bukan sahaja tidak sama, tetapi juga sangat rendah.

"Gaji yang terlalu rendah menyebabkan pemandu bas khususnya bas ekspress bergantung kepada komisen trip perjalanan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mengulas laporan mengenai usaha Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Sumber Manusia mengkaji gaji pemandu bas ekspress di negara ini, beliau turut mencadangkan agar kajian itu meliputi semua pemandu bas.

"Sebelum ini nasib kami tidak mendapat perhatian serius daripada mana-mana pihak termasuk kerajaan walaupun perkhidmatan ini wujud puluhan tahun. Masanya telah tiba perkhidmatan kami dihargai dan dihormati semua pihak," katanya.

Isnin lepas, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri dilapor berkata, pihaknya dan Kementerian Sumber Manusia sedang mengkaji aspek gaji pemandu bas ekspress yang dikatakan terlalu rendah sehingga menyebabkan mereka bergantung kepada komisen trip perjalanan.

Keadaan itu kata Abdul Rahim, mengakibatkan pemandu bas terdedah kepada risiko kemalangan kerana keletihan mengejar trip. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan