Peranan PEMANDU Sebagai Agensi Pusat Pelaksana

Diterbitkan: Jumaat, 3 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bagi mengekalkan momentum dan pemantauan impak langkah-langkah Model Baru Ekonomi (MBE), dua institusi berasingan perlu menjadi sebahagian dalam rangka kerja pelaksanaannya.

Satu ialah agensi pusat yang diberikan mandat untuk menyelaras pembentukan rekabentuk langkah-langkah dasar, khususnya jika langkah-langkah bersifat jalinan merentasi beberapa agensi pelaksanaan.

Menurut Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) dalam laporan bertajuk "Model Baru Ekonomi Untuk Malayisa - Bahagian Akhir: Langkah Dasar Strategik", badan pusat ini akan:-

i. Memantau dasar diatur dan disampaikan sepertimana yang dihasrat.

ii. Melapor semula ke atas impak dan keberkesanannya.

iii. Memastikan setiap program dan projek yang pelbagai atau menurut konsisten dengan amalan baik dan piawai global serta di antara satu sama lain.

iv. Memperolehi maklumbalas bagi menyumbang kepada pengubahsuaian dasar dan langkah-langkah tambahan yang diperlukan.

Tugas agensi pusat ini akan dicerminkan dalam pengeluaran dan penyebaran laporan berkala (suku tahun dan tahunan) mengenai pencapaian Program Transformasi Kerajaan (PTK) Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA), RMK-10 dan MBE.

Seperti yang dinyatakan dalam RMK-10, Unit Pengurusan Prestasi dan Pencapaian (PEMANDU) diberikan mandat sebagai agensi pusat untuk menyelaras, mereka dan merangka langkah-langkah dasar, memantau pelaksanaan dan menilai keberkesanan bagi tujuan cadangan langkah pemulihan jika perlu.

Institusi utama yang kedua ialah Lembaga Penilaian Bebas (IEB) di mana tugas utamanya adalah untuk menjalankan semakan mendalam bagi setiap dua tahun sekali mengenai impak dan relevan terhadap langkah-langkah dasar yang digariskan dalam Insiatif Pembaharuan Strategik (IPS) ke arah mencapai objektif MBE.

Lembaga penilian ini akan mempunyai terma rujukan spesifik.

Lembaga ini akan dianggotai golongan profesional yang berpengalaman dan terkenal termaksuklah bekas ahli-ahli dan penasihat MPEN.

Lembaga ini ditubuhkan dalam tempoh tertentu (katakan tiga bulan) bagi menjalankan penilaian dan penyediaan laporan.

Keperluan maklumat dan data untuk penilaian akan ditakrifkan dalam terma rujukan lembaga bebas ini.

Maklumat berkenaan tersebut akan dikumpul dan diteliti oleh agensi pusat untuk disampaikan kepada lembaga apabila penilaian dilakukan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan